Rupanya Ibrahim Ali 'Bodoh' Juga Berkaitan 1 Malaysia
Perkasa persoal 1 Malaysia, gesa Najib jelaskan
Oleh Boo Su-Lyn
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Perkasa pimpinan Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali hari ini memberi tekanan baru ke atas Datuk Seri Najib Razak dengan meminta Perdana Menteri menjelaskan konsepnya 1 Malaysia, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.
Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada soal kesamarataan antara kaum.
“Kami meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep 1 Malaysia,” kata wakil rakyat Pasir Mas ini kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Ibrahim (gambar), Perkasa mahu konsep itu berasaskan pada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 153 merujuk kepada hak keistimewaan Bumiputera dan membolehkan kerajaan mengadakan kuota di institusi pengajian tinggi, peluang pekerjaan sektor awam dan permit.
Malah, Penasihat DAP Lim Kit Siang juga mempersoalkan keberkesanan konsep 1 Malaysia, yang dibawa Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri April 2009, ekoran insiden-insiden bersifat perkauman dengan dua pengetua mengeluarkan kenyataan berbaur rasis.
Perkasa mengemukakan gesaan itu ketika negara membuat persediaan untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 Selasa ini.
Ibrahim juga mencabar Najib agar membentangkan resolusi Parlimen untuk menggugurkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan jika konsep 1 Malaysia benar-benar merujuk kepada soal kesamarataan.
“Adakah beliau boleh berbuat demikian?” kata Ibrahim lagi.
Najib menyatakan pendirian terbukanya dua hari lalu berhubung kenyataan rasis pengetua sekolah di Johor dan Kedah terhadap pelajar Cina dan India.
Kata beliau, pentadbirannya tidak akan bertolak ansur dalam isu-isu berkaitan dengan perkauman.
Perkembangan itu membawa kepada Lim semalam memberi tempoh 60 jam agar Najib mengambil tindakan terhadap pengetua-pengetua terbabit, menjelang Hari Kemerdekaan, jika tidak ia akan membuktikan dasar tidak bertolak ansur itu hanya pendekatan perhubungan awam semata-mata.
Hari ini, Ibrahim turut membidas masyarakat Cina yang menuntut agar kuota 30 peratus bagi Bumiputera digugurkan.
“Kaum ini tidak menghormati orang Melayu sebagai bangsa ketuanan,” katanya.
“Mereka tidak menghormati kerana tamak. Orang Melayu merupakan 67 peratus penduduk negara ini. Kami hanya meminta 30 peratus,” katanya.

No comments
Post a Comment