Kerajaan Umno-BN habis RM12.9 juta, tapi enggan daftar pemilih automatik
Pihak kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditempelak kerana sanggup menghabiskan sejumlah wang bernilai RM12.9 juta bagi menyelesaikan urusan pendaftaran pengundi baru daripada melaksanakan pendaftaran automatik. Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yusof berkata pendekatan yang digunakan tersebut adalah bersifat kebendaan tanpa mempedulikan cadangan yang lebih mudah dan cepat.
"Pihak SPR bergantung kepada kewangan untuk menguruskan daftar pemilih dan ini menunjukkan seolah-olah mereka berada dalam keadaan yang lemah," ujarnya kepada Harakah baru-baru ini. Sebagai bukti, beliau mengaitkan fungsi SPR yang sepatutnya menguruskan segala urusan pentadbiran dan perjalanan pilihan raya diberikan kepada pihak lain.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat berkata tindakan melepaskan tugas kepada wakil parti politik yang dilantik bagi menjalankan tugas pendaftaran pemilih akan memberikan implikasi politik dan kewangan. Malah Wan Nik menyelar SPR seolah-olah tiada satu rangka perancangan bagi mengatasi masalah pendaftaran pemilih baru.
"Dengan kos terbaru yang diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, lebih baik kita menghabiskan peruntukan tersebut untuk menaiktaraf kemudahan dan prasarana Teknologi Maklumat pendaftaran pemilih baru iaitu kira-kira 4.3 juta yang belum berdaftar. Takkan SPR tiada satu perancangan yang lebih berkesan berbentuk pelan kesedaran kepada rakyat supaya mendaftar dengan dengan menyediakan perancangan yang jimat, mudah dan cepat," katanya.
Terdahulu,pihak SPR dalam satu kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengumumkan penambahan kos daripada RM1 seorang pengundi kepada RM3 bagi mendaftarkan 4.3 juta pengundi baru yang dibayar kepada penolong pendaftar pemilih.
"Pengerusi SPR dalam Akta 113 yang menyatakan fungsi SPR yang menguruskan daftar pemilih kini membolehkan pihaknya mengemaskini tentang hal pendaftaran termasuklah perlantikan penolong pendaftar pemilih di kalangan wakil parti politik.
"Begitu juga beliau menggunakan peruntukan akta yang sama dalam cadangannya menambah kos perlaksanaan oleh penolong pendaftar pemilih sehingga mencecah kos RM12.9 juta," katanya lagi. Bagaimanapun, cadangan Wan Nik agar peruntukan tersebut diberikan bagi menaiktaraf prasarana tidak akan mencecah nilai RM10 juta.
"Saya yakin kos penambahan prasarana melaksanakan pendaftaran automatik tidak mungkin sampai RM10 juta. Apa yang penting adalah political will SPR untuk membuat perubahan serta menyelesaikan masalah pendaftaran pemilih yang tertunggak," ujarnya lagi.

No comments
Post a Comment