DEB gagal - kerana digagalkan

Seronok juga saya hendak mencelah dikalangan ramai yang menyentuh tentang isu DEB dan kesannya serta apa sebenarnya yang menyebabkan dasar itu dianggap berjaya oleh setengah pihak dan gagal bagi setengah pihak yang lain. Masing-masing ada alasan sendiri.

DEB merupakan dasar yang unggul jika dilaksanakan dengan baik. Semasa dasar ini mula-mula dilaksanakan ianya berjalan dengan baik tanpa ‘complain’ mana-mana pihak termasuklah orang-orang bukan Melayu. Masalahnya sekarang ramai yang memandang DEB itu sebagai sebuah dasar yang diadakan khas untuk orang Melayu dan Bumiputra sahaja, tanpa memikirkan apa sebenarnya tujuan dasar itu diwujudkan. Kalau kita ikut mengikut ‘step’nya yang betul dasar ini tidak sepatutnya menjadi siu sekarang ini, apatah lagi dasar itu sudah tiada lagi.

DEB mempunyai hanya SATU matlamat; iaitu Perpaduan Kaum dinegara ini. Itu sahaja tujuan dan motif kewujuddannya. Pemimpin politik dan pemikir-pemikir negara semasa itu melakukan ‘soul searching’ yang mendalam untuk memperkenalkan dasar baru ini.

Kewajaran dasar ini diadakan amat dituntut bukan sahaja oleh Bumiputra tetapi juga bangsa –bangsa lain kerana mengadakan dasar yang bermatlamatkan Perpaduan Rakyat itu amat mendesak. Hasil dari kejadian 13 Mei ’69 membuktikan kepada semua pihak yang perpecahan dikalangan rakyat tidak akan membawa makna kepada kemerdekaan negara kita. Perpecahan dan pergaduhan berdarah tidak akan memberi keamanan kepada negara jauh sekali untuk memajukan negara bagi pengisian kemerdekaan itu.

Saya tidak mahu lagi untuk mengulas secara ‘detail’ tentang rupa dan bentuk dasar ini kerana saya telah menyentuhnya banyak kali sejak 2 tahun yang lalu.

Kesedaran semua bangsa tentang pentingnya perpaduan rakyat ini maka pemimpin-pemimpin yang diketuai oleh UMNO dan pemimpin-pemimpin parti-parti kerajaan dan pembangkang semasa itu (PAS dan Gerakkan) telah bersetuju yang satu tindakkan ‘affirmative’ wajar dilaksanakan untuk menentukan hidup matinya rakyat dan negara kita yang sudah mencapai kemerdekaan.

Apakah proses-proses yang ‘affirmative’ untuk pencapaian perpaduan rakyat tadi? Jawapannya ialah; menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan Agama. Selain dari itu ialah untuk menghapuskan cara dan kaedah mengenali sesuatu kaum itu mengukut fungsi ekonominya. Ianya juga bertujuan untuk merapatkan jurang pendapatan diantara yang berada dan tidak berada dan beberapa lagi tindakkan yang terpaksa diambil yang dipersetujui bersama diantara kaum-kaum dinegara ini.

Yang disebutkan dalam para sebelum ini hanya lah proses-proses kearah pencapaian matlamat perpaduan rakyat tadi. Bagaimana pula proses ini dilakukan?

Pertamanya dasar ini mengakui bahawa kemiskinan merupakan isu yang sangat besar untuk diselesaikan. Oleh kerana kaum Bumiputra rata-rata adalah kaum yang miskin yang terjebak dengan fugsi ekonomi mereka sebagai petani-petani dan pekebun kecil maka prose untamanya ialah dengan menentukan Bumiputra dibahagikan quota 30 peratus penyertaan dalam bidang perniagaan dan industri.

Yang 30 peratus yang hendak diberikan kepada Bumiptra itu bukannya dengan mengambil atau merampas hak yang sudah dikuasai oleh kaum lain. Caranya ialah dengan membesarkan kek ekonomi negara dan dalam proses itu banyak lagi tindakkan ‘affirmative’ dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini.

Kerajaan yang begitu komited dengan dasar ini dalam masa yang sama telah membina syarikat-syarikat tajaan kerajaan yang dipangil sebagai ‘Public Companies by Guaranttee yang sekarang dipanggil GLC. Syarikat-syarikat ini ditadbir oleh ahli-ahli koporat yang sama-sama komited untuk menentukan kejayaannya dan dikalangan mereka tidak ada atau tidak menjadi budaya utuk memperkayakan diri mereka sendiri seperti yang begitu lazim berlaku dimasa ini.

Disetiap Jabatan dan Kementerian pula dan disertai oleh Bank-bank tempatan dan Bank-Bank asing unit penyertaan Bumiputra bagi membantu kaum Bumiputra untuk memulakan atau untuk membesarkan perniagaan mereka. Sekarang ini unit-unit ini telah dihapuskan sejak pertengahan kepimpinan Mahathir kerana pemimpin ini sudah mula bercakap tentang ‘meritocracy’ dan mahukan Bumiputra bersaing secara adil dan membuang ‘tongkat’ yang telah disediakan oleh DEB itu.

Bagi ramai termasuk diri saya yang kebetulan bekerja disalah sebuah syarikat kerajaan untuk membantu Bumiputra meningkatkan penyertaan dalam bidang industri dan ‘commerce’ menentang saranan Dr M ini. Kami berpendapat jika tidak mahu pakai ‘tongkat’, maka wajar tongkat itu disimpan bukan dibuang, kerana kemungkinan suatu hari tongkat ini berguna untuk kita.

Dr Mahathir adalah seorang ‘strong believer’ yang DEB itu memberikan banyak halangan kepada pembangunan pesat negara. Beliau percaya yang pembangunan secara fisikal itu adalah merupakan elemen ‘nation building’ yang mampan sedangkan pembangunan fisikal itu hanya merupakan elemen yang begitu ‘fractional’ jika kita sebut istilah besar ‘nation building’ itu.

Dr Mahathir tidak mengambil berat tentang pembinaan sikap yang betul untuk menyambut pembangunan fisikal yang pesat itu. Asalkan sahaja negara menampakkan pembangunan fisikal yang besar, tidak perlu diambil tahu kesan sampingan seperti rsauah dan salah gunakuasa yang berputik dengan pantas dizamannya.

Sekarang terbukti ‘tongkat’ kita yang sudah buang jauh itu belum tentu kita akan dapatkannya kembali dengan kelemahan pimpinan pada hari ini. Ibrahim Ali dengan PERKASAnya menjerit-jerit untuk dipulangkan ‘tongkat’ itu tetapi pentadbiran sekarang menambah lagi luka yang dialami oleh orang Melayu dengan konsep yang mengelirukan, iaitu 1Malaysia.

Saya tidak terkejut yang orang Melayu dalam masa yang agak singkat dari sekarang ini, akan menjilat luka mereka sendirian. Luka itu kian hari kian mendalam dan hampir semua mengalaminya.

Semasa DEB sedang rancak dilaksanakan kita melihat setiap rakyat bekerja keras untuk menjayakannya termasuk kaum bukan Bumiputra kerana mereka sendiri mendapat laba yang besar dengan dasar itu. DAN jangan dinafikan yang perkembangan ekonomi negara semasa itu benar-benar bersandarkan kepada DEB dan DEB lah yang telah meletakkan asas ekonomi yang kukuh bagi negara.

DEB telah meningkatkan orang Melayu didalam bidang pengurusan syarikat-syarikat awam yang besar dan syarikat-syarikat tersebut telah mengambil ‘initiative’ untuk memperkenalkan ‘management trainee program’ bagi menyediakan jumlah penyertaan Buniputra didalam pengurusan syarikat-syarikt mereka. Semasa itu kita melihat ramai eksekutif Melayu yang duduk didalam penguran syarikat-syarikat tersebut.

Hampir semua syarikat awam semasa itu ada bilangan eksekutif Melayu dan Bumiputra bagi bersama-sama menjayakan niat DEB itu. Badan-badan dan agensi kerajaan pula memberikan dokongan untuk menambah bilangan professional dan separa professional dengan menghantar ribuan anak-anak muda Melayu kedalam institusi pelajaran tinggi didalam dan diluar negara.

Tengku Razaleigh telah mengeluarkan ribuan biasiswa melalui Bank Bumiputra untuk anak-anak muda belajar diluar dan dalam negara. Beliau telah meminta PERNAS mengeluarkan biasiswa untuk tujuan yang sama. Begitu jugalah PETRONAS telah mengeluarkan ribuan biasiswa semasa beliau mengetuai penubuhan syarikat petroleum nasional itu dan seterusnya menjadikan PETRONAS sebagai mana yang kita nampak pada hari ini.

Pelajaran dan pendidikkan merupakan jalan yang terbaik bagi kita untuk membangunkan bangsa kita maka itulah sebabnya ia diberikan tumpuan semasa DEB berjalan lancar malahan pendidikkan ii bukan sahaja perlu ditekankan semasa DEB sahaja malahan buat selama-salamanya.

Sekarang ini setip mahasiswa dinegara kita ini terus sahaja berhutang apabila masuk kepusat pengajian tinggi dengan jumlah yang besar dengan pengenalan PTPTN. Sepatutnya jika sesebuah negara itu benar-benar maju pelajaran sepatutnya menjadi percuma atau perbelanjaan yang nominal sahaja.

Dinegara-negara Scandinavia pelajaran adalah percuma; begitu juga dinegara Jerman. Disini situasinya terbalik; lagi maju lagi susah nak hantar anak-anak keUniversiti dan pusat-pusat pengajian tinggi. Pulhan ribu siswazah yang belum mendapat pekerjaan sedang menghadapi tindakkan mahkamah hasil tindakkan PTPTN ini. Ini dikatakan negara maju.

Jika PETRONAS boleh melakukan ‘bail out’ untuk syarikat Mirzan Mahathir dengan jumlah hanpir 1.5 billion ringgit kenapa PETRONAS begitu kedekut untuk membiayai pembelajaran anal-anak Melayu kita? 1.5 billion yang diberikan kepada Mirzan itu boleh menampung puluhan ribu anak-anak Melayu keluar negara untuk mengambil bidang-bidang yang sesuai untuk pembangunan negara.

Kenapa mahal sangat untuk ‘maintain’ seorang PM itu? Saya pun tidak faham walaupun kita boleh agak-agak kenapa keadaan jadi begitu.

Tetapi bila rakyat marah dengan tindakkan yang tidak amanah dan betangjwab ini rakyat pula dimahi dan ada diantara yang bersuara akhir masuk kedalam tahanan diSg Buluh. Itu namanya Merdeka.

Jadi DEB itu merupakan dasar yang oleh diguna pakai sampai bila-bila kerana dasar itu adalah untuk semua disamping mengimbangi pembahagian ekonomi negara secara ‘equitable’ bukannya ‘equal’ seperti dinegara-negara komunis.

Walupun DEB hanya diberikan tumpuan sehingga 1984, penyertaan Bumiputra didalam bidang industri dan pemilikkan equiti mereka meningkat dengan pesat. Pegangan Bumiputra telah meningkat kepada 18.2 peratus dari 2.7 peratus pada tahun 1970. Tetapi sejak 1984 itu peningkatan equity Bumiputra sangat kecil dan tidak berpadanan dengan laungan kejayaan yang kita dengar. Kini pegangan Bumiputra hanya disekitar 20 peratus sahaja.

Tetapi setelah Dr M melantik ‘our great Daim’ menggantikan TR sebagai peneraju ekonomi negara maka Dr M menjadi selesa untuk melaksanakan agenda penbangunan tidak teratur dan DEB mula dilacurkan.

Dari waktu inilah projek-projek runding terus dilaksanakan dengan harga yang gila-gila. Ada orang yang hendak menjadi kaya raya. Pedulikan DEB dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin sudah mula dilatih untuk menghampiri perniagaan besar dan pemimpin-pemimpin ini akan meleleh air lior mereka apabila nampak projek untuk rakyat.

Akan meleleh air lior mereka apabila nampak projek-projek ini, seperti anjing nampak tulang. Budaya kronism mula bertapak kerana hanya melalui kronism sahaja boleh mendapat kekayaan. Kalau dahulu ‘special privilege’ berkait dengan Bumiputra yang marhen dibawah-bawah ini, tetapi dari saat itu Bumiputra merupakan orang yang rapat dengan PM dan Daim sahaja. Mereka adalah dikalangan ‘the rich and the famous’. Berurusan dengan orang yang miskin susah untuk mendapatkan kekayaan.

Peluang yang sepatutnya dinikmati oleh Bumiputra yang ramai, peluang ini diberikan kepada Bumiputra yang lain. kali ini definasi Bumiputra pun diubah. Diantara mereka ialah Halim Saad, Ananda Krishnan, Yeo Tiong Lay, Quek Len Chan, Daim Zainuddin, Vincent Tan, Tan Sri Arumugam dan ramai lagi nama yang sudah disisipkan kedalam senarai Bumiputra. Mereka merupakan super bumi yang mendapatkan kekayaan dengan menghisap darah melalui sistem kronism yang menebal.

Dizaman Mahathir dan Anwarlah kita melihat penggiat kewartwanan menjadi proxy kepada yang memimpin dan adalah diantara wartawan yang menjadi kaya raya kerana berhubung rapat dengan pemimpin yang bersama-sama hendak menumpang menjadi kaya raya secara senang.

Mungkin itu lah cara yang terbaik untuk membangunkan negara; iaitu melakukan sesuatu tanpa memberikan perhatian kepada moral. DEB yang begitu baik disusun menjadi beban kerana ketidak tulusan perlaksanaannya yang dilaksanakan oleh perlaksana dan pemimpin yang bersekongkol dengan mereka.

Sekarang ini apa dasar pun tidak akan dapat dijayakan kerana dikalangan pemimpin-pemimpin masing-masing ada agenda mereka sendiri; baik DEB atau pun MEB. Disorong salah ditarik pun salah.

Mereka mereka yang mendapat kesenangan melalui kronism ini kebanyakkannya menjadi sombong dan tidak malu mendabik dadak sambil berkata, ‘whatever I touch will turn gold’.

Sebagaimana yang selalu saya katakan kejayaan rejim ini hanya satu; iaitu membentuk masyarakat yang tidak ada malu dan tidak beretika. Pemimpin-pemimpin pun sama; tidak malu menayangkan mahligai yang mereka perolehi dari kerja yang tidak bermoral itu.

Itulah kejayaan yang dibangga-banggakan oleh pemimpin dan penyokong kepimpinan sekarang ini. Tetapi kenyataannya, rakyat sudah berpecah belah, dan tidak ada siapa pun yang sanggup menerima dan mengambil ‘accountability’ terhadap perpecahan ini.

Perpecahan yang dialami rakyat ini merupakan kegagalan mutlak bagi DEB kerana pemimpin negara sendiri tidak menghormati dasar yang telah dibina oleh pimpinan semasa dahulu.

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.