13 terbunuh kemalangan bas di Cameron Highlands

IPOH, Dis 20 — Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh selepas sebuah bas pesiaran dipercayai membawa pelancong Thailand terlibat dalam satu kemalangan dekat Kampung Kerawai, Km9.3 laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini.

Jurucakap polis berkata lapan lagi penumpang cedera parah dalam nahas yang berlaku pada 11.45 pagi tadi.

Laluan itu telah ditutup kepada lalu lintas.

No comments

Powered by Blogger.