Bas ekspres dua tingkat terbabas, enam cedera
TEMERLOH, 26 Dis – Satu kemalangan berlaku awal pagi tadi membabitkan sebuah bas ekspres dua tingkat yang terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong mengakibatkan enam cedera manakala dua lagi mangsa patah tulang rusuk.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang.
Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan.
Katanya penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub.
“Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu bas mendapatinya bebas dadah.

No comments
Post a Comment