Belanja Najib ke luar negara RM9 juta

Oleh Patrick Lee

DEWAN NEGARA KUALA LUMPUR: Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara.

Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib telah ke luar negeri atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.

Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.

Sementara itu, Syed Husin turut mendedahkan bahawa Sidang Wanita Pertama yang berlangsung Oktober lalu mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.498 juta.

Sidang tersebut dimulakan oleh isteri Najib, Rosmah Mansor.

No comments

Powered by Blogger.