Bila Alwi Mendoakan Nik Aziz
SEKEJAP tadi seorang rakan bloger memberi tahu yang Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Alwi Che Ahmad menyindir Nik Aziz Nik Mat supaya terus menjadi MB Kelantan sehingga mati. Bloger berkenaan nampaknya kurang senang dengan kenyataan sinis Alwi itu. Saya sungguh tidak tahu di mana kenyataan Alwi itu keluar. Selepas beliau bagi tahu ianya ada dalam Mingguan Malaysia hari baru saya membacanya.
Saya tidak merasa apa-apa dengan kenyataan Alwi itu. Apa yang beliau katakan itu benar. Soal MB itu uzur tidak menjadi masalah, yang penting dia berkemampuan menjadi MB. Di sini saya rasa Alwi ikhlas mengeluarkan kata-kata demikian. Cuma akhbar itu saja yang selamanya membenci Nik Aziz mentafsirkan Alwi sebagai sinis.
Siapa tahu ada perubahan berlaku dari dalam diri Alwi. Baru ini beliau ke Makkah. Nik Aziz juga berada di Makkah. Siapa tahu mereka berjumpa di Multazam ataupun sama-sama sai dari Safar ke Maruah. Siapa tahu Alwi mengunjungi Tok guru di penginapan atau sebaliknya. Apakah kerana pertemuan itu telah menimbulkan kesinsafan kepada keduanya.
Alwi dilahirkan di tanah suci Makkah. Tidak mungkin sebagai orang yang tali pusatnya luruh di tanah suci sanggup memperli atau mengejek orang lebih tua. Bapa Alwi, Haji Che Amat seorang tok guru. Sebagai anak tok guru Alwi tentu tahu adat dan tamakninah. Tahu menjaga mulut dan tidak menggalakkan permusuhan dan merindui perdamaian.
Mungkin selepas berlaku pertemuan antara Alwi dengan Tok Guru itu menyebabkan terbuka pintu fuadnya untuk mendoakan supaya Tok Guru sihat dan terus menjadi MB. Ataupun Alwi memang sedar bahawa sukar untuk Umno Kelantan hendak rampas Kelantan selagi Umno dipimpin oleh Mustapa Mohamed dan Awang Adek Hussein. Jadi daripada Umno terus kalah ditangan mereka berdua lebih baik mendoakan Nik aziz sihat dan terus memimpin Kelantan.
Wujud perbezaan dalam Umno apabila Alwi menjadi ketua pembangkang berbanding dengan Annuar Musa jadi ketua pembangkang dulu. Tidak kedengaran Nik Aziz kecewa dan marahkan Alwi seperti mana Nik Aziz pernah kecewa dan menghalang Annuar dari mencelah ketika beliau berucap.
Apapun saya akan cuba mendapatkan penjelasan Alwi kenapa dan untuk apa tiba-tiba beliau mengharapkan Nik Aziz teru sjadi MB Kelantan. Sesungghnya dari maklumat yang saya ketahui ada perubahan dari dalam Alwi sejak akhir-akhir ini. Mujurlah... Ataupun perubahan itu disebabkan tersebarnya desas desus kononnya Alwi akan dilantik menjadi Ketua Penerangan Umno Malaysia!
http://msomelayu.blogspot.com/

No comments
Post a Comment