Bincang isu negara Islam kukuhkan Pakatan
Mohd Shubihi Muhamad Zain
SIK, 23 Dis: Kesediaan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh memulakan perbincangan berhubung konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS akan memberikan satu harapan baru kepada pengukuhan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR.
Karpal sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Kepala Batas, baru-baru ini, telah meminta isu negara Islam segera dibincangkan oleh Pakatan Rakyat kerana tidak mahu Barisan Nasional (BN) mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik yang ditemui semalam menyifatkan kesediaan tokoh itu sebagai suatu perubahan besar yang bakal mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua parti yang telah sedia terjalin.
"Selama ini kerjasama PAS-DAP seperti terhalang oleh kerana isu negara Islam yang sering dipergunakan oleh pemimpin Umno dan BN untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam di negara ini.
"Kesediaan Karpal Singh berbincang dengan PAS berhubung perkara itu amat dialu-alukan dan ianya memberikan satu petunjuk jelas bahawa pemimpin dan orang bukan Islam dari Pakatan telah mula menerima keadilan Islam yang kita diperjuangkan," katanya.
Tambahnya lagi, kebelakangan ini ramai pemimpin Pakatan yang bukan beragama Islam telah mula mempelajari dan memahami agama Islam secara serius.
"Kerjasama yang dibuat antara kita dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat di atas matlamat menegakkan keadilan bersama telah menarik minat mereka untuk mendampingi dan mempelajari Islam itu sendiri.
"Malah ada di antara mereka menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk menguatkan hujah yang sekaligus membuktikan bahawa mereka kini yakin dengan keadilan Islam yang kita perjuangkan," katanya.
Che Uda berharap agar pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyegerakan tindakan berhubung dengan cadangan yang dilontarkan oleh Karpal itu bagi mengeratkan kerjasama dan menjalinkan hubungan terus di antara semua parti komponen.

No comments
Post a Comment