BN pengecut, PR dipihak benar – Nazib

Oleh Dhia Daniel

KUCHING: Perancangan Pakatan Rakyat (PR) yang merangkumi pendidikan, ekonomi, pengurusan negara, merombak struktur subsidi dan menitiberatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat itu bukan satu pembohongan seperti dakwaan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Ahmad Nazib Johari berkata, Buku Jingga mengariskan sepuluh perkara yang akan dilakukan oleh PR dalam tempoh 100 hari pertama memerintah bukan ‘omong kosong’ tetapi hakikat sebenar yang diperjuangkan oleh pemimpin mereka.

Beliau juga menyifatkan kenyataan-kenyataan balas yang dilemparkan oleh pemimpin BN termasuk dari orang nombor satu dan dua parti itu sebagai pengecut kerana sanggup menafikan hak rakyat demi memastikan kantung poket mereka penuh.

"Patutlah Najib (perdana menteri) dan pemimpin-pemimpin ‘Ketuanan Melalu’ gundah dan gelabah kerana mereka sudah nampak dan terbayang kerajaan mereka akan rebah sebab rakyat sudah mahu berubah.

"Pelik sungguh. Mengapa perlu takut dengan cadangan PR jika Umno-BN begitu yakin rakyat menyokong kepimpinan mereka!," katanya kepada FMT di sini, hari ini.

Mencabar kewibawaan

Najib yang bertekad mencabar Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Satok juga menegaskan bahawa program 100 hari itu terbukti mencabar kewibawaan dan kredibiliti kerajaan yang bakal kecundang tidak lama lagi itu (BN).

"Justeru, rakyat di negeri dan negara ini diharap memberi sokongan kepada PR dalam pilihan raya Sarawak akan datang kerana PR adalah harapan baru untuk Malaysia," kata peguam syarie terkemuka itu dengan nada bersemangat.

Nazib yang juga Ketua AMK Sarawak dan Naib Timbalan Ketua Cabang Petra Jaya memberitahu, beliau yakin mampu merampas kerusi Dun Satok dari PBB itu sekaligus membuat penyandangnya (Abang Johari) berputih mata.

"Peluang PR menang di Dun Satok cerah. Antara foktor menyumbang kepada kekalahan BN ialah kemahuan pengundi yang mahukan perubahan, muak dengan kepimpinan BN serta mengimpikan muka baru yang mampu membawa perubahan sejajar dengan arus perdana," jelasnya.

Buku Jingga mengariskan beberapa perkara antara:

* Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
* Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
* Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan memperkenal imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
* Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
* Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
* Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
* Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
* Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
* Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
* Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

No comments

Powered by Blogger.