Culik pelajar – Tiga ditahan selepas terima wang tebusan RM30,000
KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tiga orang, termasuk seorang wanita, ditahan di kawasan Rawang, dekat sini selepas menerima wang tebusan berjumlah RM30,000 bagi membebaskan seorang pelajar kolej swasta yang diculik sejak tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata penahanan itu dibuat selepas keluarga pelajar perempuan itu menyerahkan wang tebusan di kawasan Bukit Bintang hari ini.
Pelajar berusia 22 tahun itu diculik pada Rabu lepas di hadapan rumahnya di Selayang Baru kira-kira 5.45 pagi ketika menunggu rakannya untuk ke kolej di Petaling Jaya sebelum didatangi dua lelaki menaiki kereta.
“Keluarga menyedari kehilangannya apabila suspek menghubungi mereka (keluarga) beberapa jam selepas kejadian untuk meminta wang tebusan berjumlah RM30,000,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata keluarga mangsa, yang bimbang dengan keselamatan pelajar berkenaan, membuat laporan polis pada Rabu lepas mengenai kejadian dan panggilan ugutan itu.
“Selepas itu, polis telah merancang dengan keluarga mangsa untuk menetapkan tempat dan waktu untuk menyerahkan wang itu,” katanya.
Abdul Rahim berkata selepas keluarga menyerah wang tebusan dan mangsa dibebaskan, polis mengekori tiga suspek itu dengan seorang suspek lelaki menunggang motosikal manakala dua lagi suspek termasuk seorang wanita menaiki kereta Toyota Avanza.
Beliau berkata polis menahan suspek yang menunggang motosikal di lampu isyarat Tesco Rawang dan dua suspek lagi ditahan kira-kira 500 meter dari Tesco menghala ke arah Rawang pada kira-kira 3.05 pagi dan merampas wang tebusan itu dari dalam kereta.
“Kesemua suspek berumur lingkungan 20-an itu masing-masing merupakan pekerja kilang, petugas di pejabat peguam dan penganggur,” katanya.
Mereka ditahan reman bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup.
-Bernama-

No comments
Post a Comment