Dr Khir digantung daripada semua jawatan
SHAH ALAM, 13 Dis – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo digantung daripada semua jawatan parti yang dipegangnya selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam atas tuduhan rasuah minggu lalu.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan tindakan tersebut sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Parti dan tidak ada hubungan dengan pertimbangan kepentingan politik Barisan Nasional(BN).
“Sesiapa sahaja yang didakwa atau menunggu kes mahkamah, akan digantung jawatannya dalam parti, seperti yang dilakukan sebelumnya,” katanya.
Menurut Tengku Adnan, tindakan serupa telah diambil terhadap ahli Umno yang lain pada 2009, dan walaupun mereka kemudian didapati tidak bersalah, kedudukan mereka tidak dikembalikan.
Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, menerima surat dari ibu pejabat Umno berhubung penggantungannya itu pada 8 Disember, dua hari selepas dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah berhubung penjualan tanah yang menjadi tapak rumah mewahnya.
Kini, tugas Khir diambil alih oleh timbalannya, Datuk Ramli Norani.
Ramli, 63 tahun, sebelum ini merupakan bendahari Umno bahagian Sungai Besar.

1 comment

Ghani Ismail pun ada juga kes mahkamah yg masih dlm perbicaraan, kini dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras DUN Cempaka. Yg ni boleh pulak.
Post a Comment