Haron Din Tokoh Maal Hijrah Selangor?

TIMBALAN Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din khabarnya akan dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah negeri Selangor. Anugerah khas yang berupa sijil dan wang akan disampaikan sempena sambutan Maal Hijrah pada Selasa ini.

Pemilihan Dr Haron itu dilihat tepat. Penglibatan beliau dalam bidang dakwah Islamiah bukan baru. Lama sebelum ini semasa menjadi pensyarah di universiti beliau telah menaburkan segala khidmat baktinya khusus dalam bidang agama.

Ketokohan beliau juga tidak ada tolak banding. Selain aktif berdakwah beliau juga merupakan seorang pengamal perubatan Islam (sufi). Haron juga berjaya menulis dan menerbitkan tafisr penuh al-Quran di samping kitab perubatan Islam.

Kemampuan ini menjelaskan beliau seorang ilmuan kerana bukan calang-calang orang mampu mentafsir Quran. Mendahului pengumuman rasmi kerajaan Selangor saya mengalungkan ucapan tahniah dan syabas kepada beliau.

http://msomelayu.blogspot.com/2010/12/penganugerahan.html

No comments

Powered by Blogger.