Hentikan polis preman untuk tugas awam — Muhammad Sha’ani Abdullah
Kejadian penglibatan anggota polis dan agensi penguatkuasa lain yang terlibat dengan kegiatan jenayah serta penyalahgunaan kuasa semakin memburukkan tanggapan awam dari segi keyakinan dan kepercayaan terhadap agensi-agensi berkenaan untuk melindungi kepentingan awam serta melaksanakan sistem keadilan jenayah secara saksama.
Punca kepada kejadian sedemikian adalah kelonggaran ataupun keabaian peraturan-peraturan mengawal petugas penguatkuasaan semasa bertugas.
Kini adalah kelaziman pihak petugas penguatkuasa berpakaian preman menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan seperti di sekatan-sekatan jalan, kawalan perhimpunan, kawalan trafik, pengurusan tahanan ke mahkamah dan sebagainya.
Amalan ini tidak mencerminkan imej positif berdisiplin terhadap agensi dan petugas yang berpakaian dan penampilan diri yang selekeh. Jikapun petugas berkenaan adalah anggota cawangan khas, timbulnya persoalan kewajaran anggota berkenaan mendedahkan ideniiti diri di khayalak umum termasuk liputan media kepada pendedahan umum.
Sering didapati tindakan anggota penguatkuasaan menahan perseorangan yang diperiksa ke lorong-lorong/tempat-tempat sunyi/terpencil dan juga pemandu-pemandu di bawah ke belakang kenderaan pronda yang menimbulkan syah wasangka serta juga kemungkinan salahlaku.
Amalan ini juga membuka peluang kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk juga anggota agensi pengiatkuasa untuk menyalahgunakan kedudukan dan kuasa.
CADANGAN
Untuk menghindar sebarang kejadian salahguna kuasa dan penyelewengan oleh anggota pasukan penguatkuasa dicadangkan
- Mewajibkan semua operasi penguatkuasaan biasa di tempat awam dijalankan oleh anggota yang berpakaian uniform penuh sahaja.
- Mesyaratkan semua anggota pasukan penguatkuasa menepati tatacara pengendalian standard (SOP) dari segi kelakuan, bahasa dan pemeriksaan.
- Mengumumkan kepada umum hak dan tanggungjawab orang awam bila menghadapi tindakan penguatkuasaan.
* Muhammad Sha’ani Abdullah adalah setiausaha agung FOMCA.

No comments
Post a Comment