Isu negara Islam PAS boleh dibincang, kata Karpal

Oleh G Manimaran

KEPALA BATAS, 19 Dis — Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Ia dilihat sebagai pendirian pertama sedemikian rupa datang daripada Karpal.

Di akhir ucapan itu, Karpal diberikan tepukan gemuruh berdiri oleh para perwakilan konvensyen.

No comments

Powered by Blogger.