Jel 56 tahun, denda RM620,000
3
Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar dijatuhi hukuman penjara 56 tahun dan denda RM620,000 selepas didapati bersalah terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warga China dua tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Abu Bakar Katar memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan bahawa Yusof, 56, bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu pada Khamis lalu.
Beliau menjatuhkan hukuman penjara minimum di antara dua tahun dan denda RM10,000 serta maksimum enam tahun dan denda RM92,000 bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, Abu Bakar memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan itu bermakna Yusof hanya perlu menjalani hukuman selama enam tahun bermula daripada tarikh beliau dijatuhi hukum.

No comments
Post a Comment