KAFA heret ke FAM
KEMELUT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan tiga pemainnya yang berhijrah ke T-Team terus memuncak apabila persatuan tersebut membawa isu berkenaan ke Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Tiga pemain terbabit, Indra Putra Mahayuddin, Azizi Mat Rose dan Nor Farhan Mohamad didakwa berpindah ke pasukan lain tanpa persetujuan KAFA dan mereka juga masih mempunyai kontrak bersama Kelantan.
Malah sekiranya tidak ada jalan penye- lesaian Presidennya, Tan Sri Annuar Musa tidak teragak-agak mengheret tiga bekas tonggak utama pasukan The Red War- riors itu ke mahkamah.
"KAFA menyerahkan isu tiga pemain tersebut kepada jawatankuasa status FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Ta- kiyuddin Hassan dan kita telah memaklumkan kepada semua pasukan tentang kedudukan pemain itu.
"Saya juga sudah memberitahu Pengurus Pasukan T-Team, Rozi Mamat yang juga Exco Sukan Terengganu," kata Annuar dalam laman sosial Facebooknya semalam.
Annuar berkata, sekiranya pasukan dan pemain melanggar peraturan tersebut, KAFA akan menyerahkan perkara itu kepada FAM dan mahkamah untuk menentukanya.
Dalam pada itu, beliau mendakwa tindakan pemain yang yang tidak memaklumkan keputusan sama ada akan beraksi bersama Kelantan atau sebaliknya sebagai mensabotaj persiapan The Red War- riors.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Annuar melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap segelintir pemainnya yang lupa diri selepas mencipta nama dengan The Red Warriors.

No comments
Post a Comment