Kecewa Aksi Model Wanita Seksi, Cemari KLIMS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL7LBj_wl9abagEzmSR-nuegUR0w03R98LWYtImx683U1fcIL-GHmkvuJkWCCGt5r0YKuvJfWsft8FOD7k0fx69q_IZQW9X88teFS_1Ijtp6qw2_CWdrO2bRb_S5cBMut2hmHS2iXeRQA/s320/Bel-Air-08.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidtv7mQZMFieyjTWfHZO3jMX4aeN03Irgi3EsPS4jjMQKB7jHZJZgaf3FGbjRBxBPAehaGTgFbaHr_9kzdm6-2JZ7fhkHAYR4oDjbsqSK78ojldICZHe6P5FFrxm8cjw_4nSMuJKetf2I/s320/162608_467084037647_530567647_5692404_1533387_n.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-nBVmynAB5tElLT6pXtjvNvBYNuyH8X1WWvmbVyAo-A0pl20y4f4ptZUYvCudMy4RIpZ-bnZGKfrr_zpdMYXp8Y1KpJaMsQbgHNjTcMkPeeX2N5W9i1IkraqLgCw0foQyK1ggIi9PbRU/s320/34788_467096687647_530567647_5692648_5788769_n.jpg


PADA 8 Disember lalu, saya dan suami membawa anak ke Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Anak begitu teruja untuk menyaksikan sendiri karekter kesukaan mereka seperti Bumblebee dan Batman.
Namun apa yang sangat mengecewakan saya ialah pameran antarabangsa yang diadakan di Malaysia, sebuah negara Islam dicemari dengan ‘pameran’ wanita seksi.
Saya sendiri tertanya-tanya, apakah tujuan meletakkan wanita seksi di sisi kereta?

Adakah untuk menarik pengunjung untuk datang? Tidak cukupkah Bumblebee dan Batman sebagai tarikan utama KLIMS?

Pihak pengurusan KLIMS sepatutnya peka dan sensitif kerana pameran ini di adakan di sebuah negara Islam dan kebanyakan pengunjung yang hadir terdiri daripada kanak-kanak.

Saya berharap, pihak pengurusan dan berwajib yang lain, mengambil tindakan segera agar bagi menjaga sensitiviti dan wibawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati dan disegani di mata dunia.

WARGA MALAYSIA YANG PRIHATIN,
Selangor

1 comment

Mohamadazhan.com said...

perempuan tu macam turbo engine keta tu kot.hehe

rosak2 anak kita

Powered by Blogger.