Kerajaan negeri siasat Syabas paksa warga kerja sertai demo GAPS

SHAH ALAM, 3 Dis - Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan Syabas yang dikatakan mengarah kakitangannya mengadakan demonstrasi berbaur politik untuk mengecam usaha Kerajaan Negeri menghalang syarikat itu daripada menaikan harga air.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Syabas tidak sepatutnya mengheret kakitangan bawahan menentang Kerajaan Negeri, kerana rundingan pengambilalihan urus air Selangor hanya melibatkan pengurusan tertinggi konsesi itu.

Kerajaan negeri akan menyiasat kesahihan laporan bahawa kakitangan Syabas dikerah oleh majikan untuk menunjuk perasaan di Masjid Negeri Shah Alam, selepas solat Jumaat hari ini.

Hanya kira-kira 80 orang, hadir bagi menyerahkan memorandum tajaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan kepada Istana Selangor itu.

Seperti yang dijangka, penunjuk perasaan lain adalah daripada Pertubuhan Pribumi Malaysia dan ahli-ahli Umno.

“Syabas dilaporkan mengarahkan kakitangannya untuk menyertai tunjuk perasaan itu, Saya berpendapat ini tidak betul kerana kerana kakitangan Syabas tidak ada kena mengena dengan penyusunan semula pengurusan air di Selangor,” tegas Tan Sri Khalid.

“Saya memandang perkara ini dengan serius, saya telah meminta pegawai kawal selia air negeri selangor untuk menulis surat kepada syabas dan memberitahu tentang kewajipan mereka,” tambah beliau

Tunjuk perasaan hari ini dianjurkan oleh sekumpulan penyokong Umno yang memanggil diri mereka Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor atau GAPS.

Kumpulan ini turut merancang untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan Ahad ini bagi menyaingi perarakan anjuran kerajaan negeri untuk menyampaikan memorandum kepada Yang diPertuan Agong.

Memorandum itu adalah untuk mendesak istana supaya campurtangan menegakkan kepentingan rakyat setelah Umno-Barisan Nasional terus melindungi Syabas dan enggan memberikan hak kepada kerajaan negeri untuk menguruskan sumber air di Selangor.

Syabas diberi kontrak lumayan yang menyaksikan Pengerusinya Tan Sri Rozali Ishak menerima gaji lebih RM400,000 sebulan manakala Syabas sendiri memberikan kontrak-kontrak secara terus tanpa proses tender.

Syarikat itu mahu menaikkan harga air sebanyak 37 peratus dan mahu menyaman kerajaan negeri Selangor kerana membantah rancangannya itu.

2 comments

Unknown said...

Apa yang merepek ni? Adakah benar warga SYABAS dikerah untuk menyertai demo GAPS? Apa buktinya?

Jangan buat dosa kering. Ini kepentingan rakyat. Kalau rasa PR tak mampu nak tadbir SYABAS buat segera Pilihanraya Negeri Selangor atau kosongkan kerusi Ijok dan Bandar Tun Razak.

Nani Man UTD said...

Come on, don't politicize this issue..The real situations should be addressed properly bg GAPS are what are the corruptions did by Selangor State Govt?

Please disclose all the facts and proofs. If there any mismanagement, please bring up before the court.

Khalid, please don't drag this issue till GE13. U'll suffered. If,PR lose in Selangor, u have to resign in any political position in Malaysia and get rid of politics.

Powered by Blogger.