Kes Aminulrasyid : “Polis Pukul Saya”, kata saksi utama

SHAH ALAM, 6 Dis – Azamuddin Omar, saksi utama dalam kes kematian Aminulrasyid, hari ini mendakwa dia dipukul anggota polis dalam kejadian di mana rakannya mati ditembak polis di kepalanya.

Katanya, selepas kereta Proton Iswara putih yang dinaikinya melanggar tembok, dia keluar melalui tingkap sebelah penumpang dan terjatuh ke dalam longkang.

Azamuddin berkata ketika itu dia keliru sama ada harus menyerah diri atau lari dari situ.Ketika itu, katanya, beberapa anggota polis menangkap dan mengheretnya naik ke atas jalan.

Dia memberitahu demikian sewaktu disoal oleh timbalan pendakwa raya Idham Abdul Ghani. Azamuddin berkata, dia kemudiannya memutuskan untuk terus berbaring atas jalan dan menyerah diri.

Kemudian, katanya, seorang polis menendang kepala dan yang lainnya juga mula memukulnya.Azamuddin berkata, ia membabitkan dua atau tiga orang anggota polis.
Bagaimanapun, katanya, dia sempat melarikan diri semampu kakinya berlari.

Katanya, dia merasakan dua anggota polis mula mengejarnya tetapi, dia merasakan anggota polis ketiga bersiap untuk menembaknya kerana dia mendengar anggota polis itu mengarahnya berhenti pada hitungan ketiga.

Bagaimanapun, dia tidak tahu sama ada anggota polis akan menembaknya kerana ketika dia (anggota polis) hendak menghitang ketiga, sebuah lagi kereta peronda polis berhenti di belakangnya dan menghalang pandangannya (anggota polis).

-Malaysiakini-

No comments

Powered by Blogger.