Khalid mahu satukan kembali MTUC
Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Mohd Khalid Atan yang bertanding jawatan presiden MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) berjanji akan berusaha menyatukan semula organisasi itu jika menang dalam pemilihan Rabu ini.
Bagaimanapun, Khalid mengakui tugas itu bukan mudah kerana perpecahan MTUC sudah berada pada tahap yang parah.
Beliau berkata, "MTUC sudah lama berpecah, kita sudah berpuak-puak dan perpecahan ini akan melemah dan merugikan golongan pekerja. Perpecahan ini berlaku kerana ramai ahli yang tidak puas hati kerana MTUC sudah berpihak, MTUC tidak bebas lagi.
"Sedangkan dalam perlembagaaan MTUC menyebut pemimpin dan MTUC sendiri mesti bebas dari sebarang pengaruh, baik parti politik atau pun apa-apa pengaruh.
"Secara lebih jelas, MTUC dan pemimpinnya tidak boleh condong kepada pengaruh parti politik, baik kerajaan ataupun pembangkang.
Tetapi presiden sekarang lebih condong kepada sebuah parti politik," katanya ketika dihubungi hari ini.
MTUC akan mengadakan pemilihan di Petaling Jaya selama dua hari, pada 29 dan 30 Disember ini. Kira-kira 580 perwakilan dari 121 gabungan dijangka hadir dalam pemilihan tersebut.
Sebenarnya ada kira-kira 800,000 ahli MTUC yang membabitkan 400 gabungan tetapi atas sebab-sebab tertentu hanya 500,000 ahli sahaja yang sah dan aktif.
Khalid, dari Persatuan Pekerja Perhutanan Semenanjung akan menentang penyandang Syed Shahir Mohamud yang memegang jawatan itu sejak 2004.
Syed Shahir, dicalonkan oleh 14 kesatuan gabungan manakala Khalid menerima 18 pencalonan.
Sekurang-kurangnya dua calon jawatan penting MTUC merupakan orang kuat PKR. Syed Shahir adalah Ketua PKR Cabang Kelana Jaya manakala Abdullah Sani Abdul Hamid yang bertanding jawatan setiausaha agung adalah ahli parlimen PKR Hulu Langat.
Selain beliau, tiga nama lain dicalonkan untuk jawatan setiausaha agung itu ialah Samuel Devadasan, P. Maniyam dan Bruno Periera.
Jawatan itu dikosongkan oleh G Rajasekaran.

No comments
Post a Comment