Lima samseng Serdang tumpas

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my


SERDANG - Kegiatan jahat sekumpulan lima samseng bersenjatakan kayu hoki dan parang melakukan pemerasan untuk meminta wang perlindungan bertemu buku dengan ruas apabila kesemua mereka ditahan dalam satu serbuan di pangsapuri Rusilla di Jalan Pinggiran Putra Satu, Seksyen Pinggiran Putra di sini kelmarin.

Serbuan pukul 9 malam itu dilakukan selepas polis melakukan intipan sejak dua minggu lalu terhadap suspek yang turut giat bergaduh dengan kumpulan samseng lain untuk berebut kawasan bagi mengedar dadah. Ketika ditahan, mereka sedang menonton televisyen.

Suspek-suspek termasuk dua beradik berusia di antara 19 dan 29 tahun yang ditahan itu telah bergiat sejak enam bulan lalu di sini. Mereka bekerja sebagai jurujual, pemandu dan kelindan lori serta pembantu kedai.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, kes terbaru yang dilakukan suspek ialah mencederakan seorang pengusaha bengkel kenderaan apabila mangsa enggan membayar wang perlindungan RM800 pada 9 Disember lalu di sini.

No comments

Powered by Blogger.