Menteri Besar termuda Selangor terpalit rasuah

SHAH ALAM,6 Dis – Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa di mahkamah hari ini dikaitkan dengan pelbagai salah laku sejak beliau dilantik menjadi Menteri Besar termuda dalam sejarah Selangor pada tahun 2000.

Bekas doktor gigi itu dikatakan pernah dituduh mengelak dari membayar cukai, memanipulasi sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan meluluskan pembelian apartmen mewah di Makkah RM 9 juta yang tidak menepati prosedur.

Beliau juga dilapor mendapat imbuhan kereta mewah dari anak syarikat negeri tetapi tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Malah Khir juga dikatakan menerima hadiah jam tangan bernilai RM150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Bekas menteri besar itu berterusan apabila beliau didakwa melancong bersama keluarganya dan beberapa orang exco kanan ke Disneyland di Paris Peranchis dan Orlando Amerika Syarikat dengan kos hampir RM1.8 juta.

Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) sebelum ini.

Kesemua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB), dan didedahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairiyah Abu Hassan di dalam penyiasatan SELCAT.

Dalam Umno, Khir yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar pernah dituduh merasuah perwakilan dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda parti itu tahun lepas.

Lembaga Displin Umno kemudiannya bertindak melepaskan beliau daripada dakwaan tersebut.

Pada tahun 2002, aktivis media, Ahmad Lutfi Othman telah menyerahkan senarai panjang kesalahan rasuah Khir kepada Badan Pencegah Rasbuah termasuk yang membabitkan tender kontrak-kontrak awam.

Namun Khir terlepas daripada sebarang pendakwaan sehingga hari ini.

-selangor kini-

No comments

Powered by Blogger.