Nik Aziz hanya jalani pemeriksaan rutin - anak
KOTA BHARU 8 Dis. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berada dalam keadaan sihat dan hanya mengikuti pemeriksaan rutin di Hospital Pakar Perdana di sini hari ini.
Anak keduanya, Nik Omar, 45, berkata, Mursyidul Am Pas itu hanya mengadu sakit di bahagian pinggang bagaimanapun masih mampu untuk melaksanakan tugasnya mentadbir negeri ini.
"Alahamudillah ayah sihat, cuma kesan balik daripada Haji baru ini, dia mengadu sakit di bahagian pinggang tetapi sudah turun ke masjid boleh solat berjemaah cuma dalam keadaan duduk.
"Kalau dia tidak sihat pun dia biasalah sebab peringkat umur begitu sakit selesema dan demam bila kena hujan tetapi tidaklah sakit sehingga mengganggu pentadbiran negeri," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini. - Utusan

No comments
Post a Comment