Pelajar berkerusi roda raih 7A dalam PMR

KLANG, 23 Dis – Seorang pelajar istimewa membuktikan bahawa ketidakupayaannya untuk berdiri bukanlah penghalang untuk beliau memperoleh 7A 1B dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang keputusannya diumumkan hari ini lapor Bernama.

Jayson Pua, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah, Kapar di sini berkata walaupun pada mulanya menjangkakan untuk memperoleh 8A tetapi beliau tetap gembira dan sangat berpuas hati kerana mendapat dik itu memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Bahasa Cina dan Kemahiran Hidup Bersepadu (Perdagangan dan Keusahawanan) serta memperoleh B dalam Bahasa Inggeris.

“Saya berterima kasih kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan sekolah yang banyak membantu walaupun saya berkerusi roda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Kapar di sini.

Bapanya, Pua Hock Chai, 59, seorang pesara, berkata Jayson mengalami masalah kaki lemah sejak berumur lapan tahun dan keadaan itu menyebabkan dia kerap terjatuh.

Ibunya, Goh Eng Booy, 48, pula terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai guru pada 1992 bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada Jayson yang terpaksa menggunakan kerusi roda ketika umurnya 10 tahun.

Pua berkata Jayson terpaksa memakai alat penyokong badan selepas menjalani pembedahan pada 2 Dis lepas bagi meluruskan tulang belakang yang bengkok.

No comments

Powered by Blogger.