Piala AFF-Suzuki 2010 : Malaysia tewaskan Indonesia 3-0
KUALA LUMPUR, 27 Dis - Skuad ‘Harimau Malaya’ berjaya menewaskan Indonesia dengan kemenangan selesa 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala AFF-Suzuki 2010 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Mohd Safee Mohd Sali menjadi wira Negara apabila berjaya menyumbang dua gol pada minit ke-59 dan 71, manakala gol ketiga hasil jaringan Mohamad Ansari Samsudin pada minit ke-67.
Beraksi di hadapan kira-kira 85,000 penonton, anak didik K.Rajagobal itu nyata sedikit selesa dengan agregat gol yang besar bagi membawa mereka kepada perlawanan terakhir di gelanggang skuad ‘Garuda’ itu nanti.
Pada 29 Disember ini Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pula bakal menyaksikan perlawanan timbal balik akhir bagi menentukan kejuaraan piala tersebut musim ini.

No comments
Post a Comment