RM9,000 setiap pemain
Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
HABUAN lumayan RM9,000 menunggu setiap pemain bola sepak negara andai menjuarai Piala Suzuki AFF buat julung kali dengan jumlah berkenaan mungkin meningkat sebelum final timbal balik pertama di tempat sendiri pada 26 Disember ini.
Sejumlah RM88,200 bagi Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF 2010 sudah dikutip sehingga semalam oleh Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) atas inisiatif Kementerian Belia dan Sukan selepas kerajaan sudah berjanji menyumbang RM5,000 kepada setiap pemain jika berjaya melepasi final timbal balik pada 26 dan 29 Disember ini.
“Ini adalah jumlah dijanjikan jika muncul juara,” kata menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek, semalam.
“Ganjaran diberi berdasarkan skim Shakam Sukan Sea. RM5,000 kepada setiap pemain kerana meraih pingat emas. Jumlah ini sama di peringkat Asean. Syarikat swasta menjanjikan ganjaran kepada pemain.”
Dia menambah: “Rakyat harus memberi sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada pemain mengharumkan nama negara.” Sumbangan ini dikelolakan SAM dan akan dipaparkan dalam akhbar.

No comments
Post a Comment