Tangguh pemilihan parti untuk elak sabotaj
Keputusan Umno menangguh pemilihan parti selama 18 bulan semakin menjelaskan usaha parti itu mempersiapkan diri menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Tanpa mengira bila pilihan raya umum akan diadakan, tindakan itu boleh mengelakkan pelbagai perasaan negatif dalam kalangan pemimpin dan ahli parti sehingga mampu mencetuskan sabotaj.
Pemilihan parti tidak dapat dielakkan daripada mencetuskan pergeseran dan rasa tidak senang sesetengah kelompok, terutama yang kalah.
Dengan sasaran besar menawan Selangor dan mengembalikan sokongan orang Melayu dan memenangi undi bukan Melayu, Umno tidak mahu perebutan dalam parti menjejaskan pertaruhan besar dalam pilihan raya umum nanti.
Pilihan Raya Umum ke-12 telah menunjukkan kepada Umno bagaimana rasa tidak senang ahli telah membawa kepada bencana sehingga kehilangan majoriti yang besar.
Tindakan menangguhkan pemilihan ini merupakan tindakan yang bijak bagi pihak Umno dalam menangani ahli dalam persiapan pilihan raya.
Dalam keadaan parti-parti Pakatan Rakyat berdepan pelbagai risiko hasil pemilihan kepimpinan parti, Umno memutuskan untuk menangguhkan masalah itu ke masa depan.
Ini juga boleh menjadikan ahli-ahli Umno lebih fokus pada pilihan raya, yang masih ramai menjangka diadakan pada separuh pertama tahun hadapan.
http://siasahdaily.blogspot.com/2010/12/tangguh-pemilihan-parti-untuk-elak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FIqBc+(SIASAH)

No comments
Post a Comment