Teks ucapan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sempena Hari Hak Asasi Manusia
Teks ucapan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang pada hari Ahad, 12hb Disember 2010 sempena Hari Hak Asasi Manusia:
Teks ucapan sempena Hari Hak Asasi Manusia
Hari Hak Asasi Manusia 2010 pada 10 Disember telah mengiktiraf usaha gigih para pejuang hak asasi manusia sejagat yang berjuang untuk mengakhiri diskriminasi kaum, jantina, agama atau hal-hal lain yang tidak selaras dengan prinsip atau nilai-nilai asas kemanusiaan, kebebasan dan keadilan.
Selamat datang ke Pulau Pinang, negeri yang merealisasikan kebebasan berucap dengan mewujudkan Dataran Pidato yang pertama seumpamanya di negara ini sejajar dengan ungkapan yang diabadikan ahli falsafah Perancis abad ke-18 Voltaire, "Kami mungkin tidak sependapat dengan anda tetapi kami akan mempertahankan habis-habisan hak anda untuk tidak bersetuju dengan kami".
Adalah menjadi satu penghormatan kepada saya apabila dijemput untuk bersama-sama meraikan hari ini dengan anda semua yang saya anggap sebagai perwira dan srikandi kepada semua mereka yang tertindas, dirampas dan dinafikan hak asasi manusia.
Bertindak sendirian atau dalam kumpulan di kalangan komuniti sendiri, para pejuang hak asasi manusia berjuang setiap hari untuk mengakhiri diskriminasi menerusi kempen untuk menegakkan kesaksamaan dan keberkesanan undang-undang, melapor serta menyiasat pencabulan hak asasi dan menyokong mangsa. Sementara beberapa pejuang hak asasi manusia begitu dikenali di peringkat global, masih ramai yang wujud tanpa identiti dan selalunya menjalankan kerja berdepan dengan risiko peribadi yang cukup besar sama ada pada diri sendiri mahupun keluarga mereka.
Amnesty International adalah salah sebuah organisasi yang berusaha gigih untuk melindungi hak rakyat terutamanya pejuang-pejuang hak asasi manusia. Maraton Penulisan Warkah adalah Inisiatif Global Amnesty International untuk menggerakkan masyarakat agar bersuara mengenai pelbagai penindasan hak asasi manusia yang berlaku di seluruh dunia dalam bentuk surat peribadi. Ini mewujudkan persepaduan global yang mana untuk mengakhiri penindasan hak asasi manusia melangkaui sesebuah negara. Amnesty International percaya bahawa dengan menghantar surat adalah salah satu cara yang paling berkesan kepada seseorang individu untuk menyampaikan keprihatinan mereka kepada pihak yang bertanggungjawab menindas hak asasi manusia dan mereka yang berada di kedudukan yang boleh mempengaruhi tindakannya.
Pada tahun 1997, saya disabitkan atas dakwaan menghasut dan dihukum penjara selama 18 bulan kerana cuba untuk melindungi dan mempertahankan seorang gadis bawah umur yang ditahan walaupun dia sebenarnya adalah mangsa rogol. Adalah mengejutkan bila mana beliau ditahan sedangkan perogolnya terus bebas. Saya menggunakan insiden ini sebagai dedikasi saya dalam keadilan sosial, terutamanya mangsa seks wanita. Semasa tempoh tahanan, Amnesty International mengkategorikan saya sebagai 'Banduan Tidak Bersalah'. Mereka berkempen tanpa penat lelah untuk pembebasan saya. Ahli-ahlinya menghantar petisyen untuk membebaskan saya dan saya telah menerima banyak surat perpaduan ketika dalam tahanan. Surat-surat berkenaan telah menceriakan hari-hari saya ketika dalam tahanan. Saya sangat berterima kasih kepada Amnesty International atas sokongan dan bantuan mereka semasa saat-saat suram saya dalam penjara. Izinkan saya mengulanginya sekali lagi bahawa adalah amat penting untuk menulis surat perpaduan kepada semua banduan tidak bersalah kerana ia akan menyelamatkan banyak jiwa!
Surat-surat ini mengingatkan kita bahawa kita bukan berseorangan dalam perjuangan mempertahankan maruah seseorang. Apabila seseorang itu dipenjarakan di dalam sel yang dingin dan sepi, kita terhalang daripada menikmati ketamadunan yang membuatkan kita merasa keseorangan dan terputus hubungan dengan dunia luar seperti tiada sesiapa yang mengambil berat. Justeru, surat-surat ini telah menaikkan semangat, memberikan kita harapan dan juga menggalakkan kita untuk terus melalui liku-liku hari dalam penjara.
Mendapat surat-surat dari tempat yang jauh dan dari benua lain berupaya untuk memberikan sedikit kekuatan dan membawa mesej bahawa masih ada orang dari tempat lain yang mengingati banduan tidak bersalah di dalam sel yang sering dilupakan oleh warga tempatan sendiri. Terima kasih kerana telah menyemarakkan semangat saya dan menyalakan semula kepercayaan bahawa perkara yang baik akan pergi kepada mereka yang berbuat baik.
Hari ini, penindasan hak asasi manusia masih berlaku di negara kita. Salah satu fenomena utama ialah kematian dalam tahanan. Di Malaysia, ia telah banyak kali berlaku, kematian ini sebenarnya boleh dielakkan jika ada pemantauan secukupnya dan penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk para banduan dalam tahanan.
"Sejumlah 279 suspek telah ditembak mati oleh polis antara tahun 2000 hingga 2009, sementara 147 meninggal dunia dalam lokap polis dalam tempoh yang sama." ( rujuk Malaysiakini, 28 Jun 2010, 426 kematian dalam tangan polis sejak 2000).
Selain daripada itu, salah satu kempen utama Amnesty International ialah Kempen "Demand Dignity", yang mana Amnesty International percaya bahawa rakyat yang tinggal dalam kemiskinan menghadapi penindasan hak asasi manusia kerana keperluan asas mereka tidak dipenuhi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah teraju Pakatan Rakyat telah memberi keutamaan kepada pembasmian kemiskinan tegar dan telah berjaya melakukannya dalam masa setahun sahaja berbanding kegagalan kerajaan negeri terdahulu untuk melakukannya dalam tempoh 51 tahun.
Pulau Pinang telah berjaya membasmi kemiskinan tegar dengan melaksanakan program yang diterajui kerajaan negeri untuk membantu keluarga yang miskin tegar dengan pendapatan di bawah RM500 untuk dinaikkan ke paras tersebut agar mereka boleh keluar daripada kepompong miskin tegar. Program ini, sesungguhnya, telah membantu banyak keluarga miskin di Pulau Pinang untuk mendapat bantuan dalam bentuk kewangan.
Kita kini sedang memberi tumpuan dalam matlamat jangka panjang untuk membasmi kemiskinan secara menyeluruh. Sebagai negeri pertama yang berjaya membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang, kita juga berharap agar dapat menjadi yang pertama untuk menghapuskan terus kemiskinan tegar di bumi bertuah Malaysia ini.
Selain daripada menjadi negeri pertama yang bebas daripada kemiskinan tegar di Malaysia, Pulau Pinang juga akan menjadi negeri pertama yang tidak akan memberikan beg plastik mulai 1 Januari 2011. Pendekatan ini bersama-sama dengan kaedah alam sekitar lain akan membantu matlamat jangka panjang untuk menjadi negeri hijau pertama di Malaysia.
Akhir kata, saya ingin merakamkan sekalung tahniah buat Amnesty International dan semua NGO di Pulau Pinang atas usaha gigih untuk menggalak serta melindungi hak asasi manusia. Dengan sukacitanya, saya merasmikan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2010.
Sekian, terima kasih.
*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

No comments
Post a Comment