WIKILEAKS : Apa kelayakan Ketua Bahagian UMNO untuk dilantik dalam syarikat Singapura?

Laporan akhbar Australia, The Sun-Herald telah menyiarkan kandungan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat telah dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kabel itu, catatan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.

Susulan daripada itu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyerahkan surat protes itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia T. Jasudasen melahirkan rasa tidak senang Putrajaya dengan komen pegawai-pegawai Kementerian Luar Singapura.

Menurut salah satu kabel yang didedahkan WikiLeaks, Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, didakwa memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina meninggalkan Malaysia dan ‘menyusahkan’ Singapura.

Mengenai kepimpinan BN pula, kata beliau, “masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa.”

Pendedahan WIKILEAKS ini seharusnya menyedarkan rakyat negara ini tentang pendirian Singapura yang tidak pernah berubah sejak dari perpisahan mereka dengan Malaysia.

Mereka sering mengunakan pendekatan dengan memandang rendah dan lekeh akan kemampuan dan kebolehan negara-negara jiran yang lain kerana dengan pendekatan ini akan sentiasa menjana moral atau “moral booster” kepada rakyat mereka yang hidup dalam pulau yang sempit sehingga banyak yang membunuh diri kerana "stress".

Sehinggakan apabila mereka memandu keluar dari Singapura memasuki Malaysia dengan kereta besar dan "big bike" mereka, mereka akan memacu dengan laju seolah-olah dunia ini mereka yang ampunya.

Apa yang harus menjadi kesedaran kepada rakyat Malaysia hari ini berhubung isu pendedahan yang terbesar abad ini oleh Wikileaks ini ialah pengurusan intelligensia dunia kini tidak ada kerahsiaan lagi.

Komplot dan perbincangan rahsia begitu mudah terbongkar dengan kemudahan-kemudahan teknologi masa kini, seperti kata sesetengah pihak bahawa meja dan kerusi di dalam bilik persidangan pun bisa berbicara.

Seringkali juga kita menjadi bimbang apabila membaca berita bahawa rahsia-rahsia Kerajaan cukup mudah bocor kepada Negara jiran. Kadangkala rahsia-rahsia ini tanpa disedari terbocor melalui tindakan tanpa sedar sesetengah pemimpin kita sendiri yang begitu mudah diumpan dengan menerima habuan dan rakus menerima elaun pengarah apabila dilantik sebagai Pengarah di dalam syarikat-syarikat strategik Singapura.

Sebagai contoh yang terdekat bagaimana seorang bekas guru dan sekarang menjawat Ketua Bahagian UMNO di salah sebuah bahagian di Kedah layak dilantik sebagai pengarah di dalam sebuah syarikat berteknologi tinggi Singapura http://www.astigp.com/01_05corpinfo.htm

Jika terdapat pemimpin yang rakus sebegini maka tidak hairanlah apa juga dasar yang diputuskan di dalam UMNO dan BN begitu mudah bocor kepada Singapura.

Konklusinya pembocoran yang sebegini lebih tepat dan terperinci dari pembocoran Wikileaks.

http://mummyrokiah.blogspot.com/2010/12/wikileaks-apa-kelayakan-ketua-bahagian.html

No comments

Powered by Blogger.