WikiLeaks: DAP nafi dedah maklumat kepada Singapura

KEPALA BATAS 19 Dis. – Dakwaan bahawa DAP menyalurkan maklumat kepada Kerajaan Singapura mengenai keterlibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti liwat seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks merupakan tuduhan tidak berasas, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata, dakwaan itu sengaja dibuat bagi memburuk-burukkan parti itu.

Beliau berkata, tiada bukti menunjukkan DAP mempunyai hubungan dengan Kerajaan Singapura khususnya pasukan risikan republik berkenaan.

"Ketika itu dari mana WikiLeaks mendapat segala maklumat? Daripada hubungan diplomatik?

"Pada masa ini, DAP masih belum mempunyai kuasa, jadi apa jenis hubungan yang kita (DAP) ada dengan pasukan risikan Singapura?” katanya pada sidang akhbar sempena Konvensyen Kedua Pakatan Pembangkang di sini hari ini. – Bernama

No comments

Powered by Blogger.