Apakah mengamal politik menghalalkan cara?
Dalam perjalanan pulang ke tempat kerja pada malam Ahad 20 Julai lalu, saya sempat mendengar berita dari siaran radio Klasik Nasional berita jam 11.00 malam. Terkejut beruk saya apabila pembaca berita pada malam itu dalam berita utamanya menyebut bahawa Perdana Menteri [PM] yang juga Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan tiga kali pertemuan dengan tiga pemimpin PAS yang ada autoriti yang boleh membuat keputusan bagi pihak parti.Siapakah pemimpin tertinggi PAS yang terlibat tidak diberitahu. Hanya Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Abdullah itu menyebut bahawa Menteri Besar Kelantan tidak turut serta dalam pertemuan-pertemuan tersebut. Sepanjang perjalanan itu, dalam kotak fikir saya menojah persoalan siapa pemimpin yang terlibat itu. Kepimpinan PAS tidak perlu main bersembunyi-sembunyi, mereka perlu berterus-terang, jujur dan ikhlas kerana ahli-ahli PAS akan tahu juga akhirnya yang, pemimpin yang gatal tangan menghulurkan tangan bersalam dengan UMNO http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Tetapi dengan tiba-tiba selepas PM membuat kenyataan, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan kenyataan PM itu melalui satu kenyataan yang disiarkan oleh Harakahdaily.net pada 21 Julai menyebut Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad telah mengadakan pertemuan dengan Abdullah, sebaik sahaja selesai PRU ke-12 lalu. Jadi, sudah tentu yang menjadi dalang dalam pertemuan-pertemuan tersebut ialah Mustafa Ali dengan restu Presiden PAS sendiri.
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015911&Itemid=85]
Nampaknya politik di Malaysia dilanda ‘sindrom penafian’. Adakah PAS juga sudah menjadi UMNO. Ini baru setakat berunding, sudah mengambil teladan yang buruk daripada amalan yang menjadi sebati dalam UMNO. Pada mulanya, para pemimpin PAS marah kepada media kerana memainkan isu PAS bertemu dengan UMNO. Bukan main hebat marahnya, menuduh macam-macam kepada media. Ketua Penerangan PAS Pusat, bukan main marahnya. Lihat link-link ini tengok gelagat pemimpin tertinggi PAS yang kuat melatah :
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15442&Itemid=115
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15407&Itemid=50
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15847&Itemid=50
http://www.malaysiakini.com/news/85968
Persoalannya kenapa ahli-ahli perlu dibohongi?
Tidak bolehkah bercakap benar. Secara berterus-terang, tulus dan ikhlas. Ahli-ahli PAS kebanyakannya sudah matang dan boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Ahli PAS bukan macam ahli-ahli UMNO yang kebanyakannya menjadi pongka dan pak anggok, manusia yes man. Ia berlaku di segenap peringkat kepimpinan daripada Menteri sampai kepada ahli-ahli ceruk-ceruk kampung. Apa yang datang daripada pemimpin semua baik dan tidak boleh dibantah. Ahli-ahli PAS bukan begitu. Kami ada fikiran. Sudahkah PAS mengamalkan matlamat menghalalkan cara seperti yang diamalkan oleh UMNO selama ini yang kutuk siang-malam?
Minggu lalu juga saya ada menulis mengenai pertemuan ini dan disiarkan oleh Laman Marhaen [http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_tun_telanai054.html] dan Laman Tranungkite.net [http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=12643] dan diblog saya [http://tuntelanai.blogspot.com/.] Saya tidak bersetuju sekiranya PAS akan berkerjasama dengan UMNO sepertimana ia berkerjasama selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969. Pembentukan kerajaan Barisan Nasiolan menganti kerajaan PERIKATAN, yang mana PAS merupakan sebuah parti gabungan dalam BN memerintah negara ketika itu dan ditendang keluar daripada BN tanpa belas ehsan pada tahun 1978.
UMNO merampas kuasa di Kelantan daripada tangan PAS melalui kaedah pengistharan darurat seluruh negeri Kelantan dan kemudian diadakan pilihan raya secara mengejut. Hal ini menyebabkan PAS mengalami kekalahan yang paling buruk dalam sejarah perjuangan PAS dan amat memalukan kerana disindir dengan berbagai kata nista yang tidak sedap didengar. PAS mengambil masa yang lama untuk kembali seperti yang ada sekarang hasil daripada pergorbanan para pemimpin PAS yang berjuang untuk memartabatkan semuala PAS di persada politik tanah air. Kini, PAS dihormati oleh kawan dan lawan. Parti yang terbesar selepas UMNO [parti caca-merba] yang dianggotai oleh 100% orang-orang Islam.
Nampaknya Mustafa Ali [saya ada sebab-sebab tertentu menuduh Mustafa Ali yang mastermain dalam siri-siri pertemuan tersebut] dan rakan-rakan pemimpinan lain cuba menghancurkan heiraki PAS yang sudah dibina kukuh oleh kepimpinan terdahulu. Sekadar bertemu dan berbincang bertukar-tukar fikiran mengenai apa perkara sekali pun tidak ada masalah, bukan sekadar dengan UMNO, malah boleh dengan mana-mana parti untuk kebaikan bersama. Yang ditentang ialah kerjasama dengan UMNO seperti yang saya sebutkan di atas.
Saya percaya sebahagian besar ahli-ahli PAS termasuk Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Musyidul Am sendiri tidak bersetuju PAS berkerjasama dengan UMNO. Beliau mengalami sendiri peristewa 1978 itu. Ibarat luka yang parah telah lama sembuh, tetapi parut luka itu pasti ada buat selama-lamanya. Sila lihat beberapa kenyataan Nik Aziz yang tidak bersetuju PAS berkerjasama dengan UMNO [http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15379&Itemid=50] dan link ini http://www.malaysiakini.com/news/86452
Semua orang tahu tidak ada sebab yang rasional PAS mahu berkerjasama dengan UMNO. UMNO sebuah parti yang paling jahat dan zalim. Saya tegaskan sekali lagi bahawa tidak ada parti yang zalim sezalim UMNO. UMNO makan bangsanya sendiri. UMNO parti pengkianat bangsa dan agama. 50 tahun UMNO memerintah, apa yang UMNO telah lakukan untuk bangsa dan agamanya. Martabat bangsa Melayu hancur berkecai, tidak ada siapa yang mahu hormat terhadap bangsa ini. Kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu berada dalam kedudukan yang amat merbahaya, berbanding bangsa lain yang terus maju ke hadapan. Ini disebabkan bangsa Melayu memiliki para pemimpin bersifat ‘lanun dan jembalang hutan’ yang hidupnya merompak harta rakyat dan menghisab darah rakyat sepanjang masa. Semua sektor kehidupan bangsa Melayu diperjudikan oleh para pemimpin UMNO, demi kepentingan peribadi elit-elit politik yang berkuasa dalam UMNO. Golongan Melayu yang tidak dalam kelompok UMNO ditindas, ditekan dan terus dizalimi melalu berbagai kaedah dan cara. Bangsa Melayu menderita di bawah pentadbiran UMNO.
50 Tahun UMNO memerintah, agama Islam semakin dipinggirkan dalam kehidupan orang Islam yang berbangsa Melayu. Islam dihina dan diperlecehkan di semua sektor baik ekonomi, pendidikan, budaya, sosial dan terlalu menonjol ialah dalam kegiatan politik. UMNO memperalatkan Islam untuk mendapatkan kuasa. Islam dijadikan sebagai barangan dagangan sehinggakan sampai satu tahap Islam sudah tidak dihormati oleh bangsa bukan Islam yang menjadi warga negara Malaysia. Semua ini kerana UMNO. UMNO gagal membela Islam dan bangsanya.
Kesimpulannya, tidak ada sebab yang munasabah kenapa PAS mahu berkerjasama dengan UMNO, melainkan PAS telah dapat diperdayakan oleh UMNO demi menyelamatkan survival politiknya sendiri yang menghadapi kemelut yang ia sendiri tidak dapat selesaikan, disamping terdapat setengah-tengah dikalangan para pemimpin PAS yang gilakan pangkat, kedudukan dan kekayaan sepertimana yang menjadi matlamat perjuangan UMNO dulu, kini dan selama-lamanya.
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih





(1).png)

No comments
Post a Comment