KENYATAAN MEDIA AYAH MOHD SAIFUL BUKHARI

Mstar Online

21-07-2008 09:40:38 PM

1) Saya, Azlan Bin Mohd Lazim, sebagai bapa kepada Mohd Saiful Bukhari amat sedih dengan apa yang telah terjadi ke atas anak saya. Sebagaimana laporan polis yang dibuat oleh anak saya bahawa beliau telah diperlakukan dan diliwat oleh majikan beliau iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim .

2) Anak saya mengambil sikap berani kerana benar dan beliau tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu pihak polis membuat siasatan bukan seperti bekas majikan beliau itu yang sungguh banyak alasan dan dolak daliknya.

3) Justeru itu, demi membela Mohd Saiful Bukhari yang menjadi mangsa majikannya ini, saya dan keluarga saya menuntut dengan setegasnya kepada individu yang terlibat supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam penyiasatan pihak polis.

4) Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa anak saya, Mohd Saiful Bukhari telah menyatakan kesediaan dan kesanggupan beliau pada bila-bila masa untuk bersumpah menurut cara Islam yang sebenar-benarnya di masjid dan disaksikan para ulama demi menegakkan kebenaran bahawa beliau telah diliwat seperti yang dilaporkan kepada polis, tetapi biarlah setelah siasatan pihak polis.

5) Saiful berkali-kali menyebut kepada saya dan keluarga kami bahawa beliau bertindak begini kerana kebenaran dan saya berdoa kepada Allah SWT supaya menunjukkan kebenaran itu. Yang penting, saya dan keluarga saya memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin.

Kenyataan lima perenggan ini telah ditandatangani oleh Azlan Mohd Lazim hari ini.


pakcik azlan...pakcik dah tengok ke report polis yang saaaaipul buat?ermmm ds anwar nak salinan 1 keping je...pakcik tolong bagitau saiful tau.....pakcik kan sporting.....tapi pakcik hebat gak..siap suruh ds anwar bagi kerjasama lagi...tima kasih pakcik azlan..JANGAN LUPA POS KAT ANWAR SALINAN TU HEHE..

No comments

Powered by Blogger.