sapa yang pandang muzakarah sempit?

PULAU PINANG 22 Julai — Anggota Majlis tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad mengingatkan semua pihak supaya tidak memandang muzakarah dari sudut pemahaman yang sempit.

Beliau menegaskan bahawa tidak semestinya setiap perbincangan yang diadakan antara parti yang mewakili kaum yang sama hanya membincangkan isu perkauman.

Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat tidak berminat kepada perkara yang hanya menyentuh satu kaum sahaja.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat kenyataan tersebut ketika diminta mengulas berhubung pendedahan muzakarah antara Umno dan PAS oleh Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.seterusnya..

sapa yang pandang sempit??ang tolong nasihatkan pak lah tu...banyak kena berubah...orang lain maju kedepan tapi pak lah maju kebelakang.... Pas dari dulu lagi nak muzakarah...kejutkan pak lah tau

No comments

Powered by Blogger.