Asri, Mashitah bercanggah pendapat soal solat syarat wajib ambil pekerja!

PETALING JAYA: Usul syarat wajib mengambil bekerja mereka yang menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai pemimpin, ketua jabatan dan kakitangan awam kerajaan negeri mendapat reaksi positif dari beberapa tokoh agama, penceramah agama dan ahli politik.

Asri ketika dihubungi berkata, secara umum, beliau bersetuju dengan peraturan yang diusul oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Itu adalah salah satu usaha untuk kenal pasti seseorang pekerja itu jujur dan amanah," jelasnya yang masih berehat di rumahnya di Perlis setelah keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Namun, kata Asri: "Tidak semestinya orang yang tidak pergi sembahyang Jumaat itu tidak percaya pada agama. Sama juga dengan mereka yang tidak ada rekod jenayah atau rasuah, mereka tidak melakukan jenayah atau rasuah."

"Syarat yang diletakkan oleh Nik Aziz itu elok untuk mengenal pasti orang yang percaya pada agama dan tidak membuat perkara-perkara mungkar yang lain seperti rasuah, pecah amanah atau mencuri.

"Sembahyang Jumaat merupakan satu cara motivasi seperti yang terdapat dalam khutbah Jumaat. Lagipun sembahyang Jumaat tidak menjejaskan hubungan kaum atau sensitiviti agama," katanya lagi.

Katanya lagi, kita sendiri ada peraturan pelik tetapi kita tetap teruskan juga walaupun nampak macam satu pembaziran seperti menghidupkan api di waktu siang untuk mengurangkan kemalangan.

"Cadangan Nik Aziz itu hampir sama. Kemungkinan besar, orang yang tidak sembahyang Jumaat ini tidak akan patuh dengan perkara-perkara lain juga," jelasnya.

Semalam, Nik Abdul Aziz berkata, beliau bercadang akan membawa usul ini dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

selanjutnya

No comments

Powered by Blogger.