Hukum menyiarkan gambar mayat mangsa rogol
Belum lagi reda kemelut politik negara yang memalukan umat Islam, saya sebagai moderator beberapa egroups, baru-baru telah menerima satu email posting dari seorang warga egroups yang bertajuk "NGERI rog** bunuh ........di AMPANG WATER FRONT " tetapi saya tak meluluskannya untuk siaran egroups. Gambar yg disertakan amat mengaibkan dan memilukan.
Saya merasa kesal dan sedih bila ada egroups yang meluluskan siaran gambar2 mangsa tersebut yang jelas seorang berbangsa melayu. Walaupun mungkin niat penghantar ialah untuk memberi nasehat dan pengajaran tetapi kita jangan lupa bahawa kita sebagai orang Islam wajib menjaga aurat orang islam yang lain sekalipun mereka sudah menjadi mayat . sekali pun mereka semasa hidupnya tidak menutup aurat. Jika mayat itu mayat oernag kafir pun kita tidak boleh meremehkannya,
Saya merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM berhubung hukum bedah mayat yang mana intipati hukum bedah mayat ini boleh digunapakai kepada hukum menyiarkan gambar mangsa jenayah yang telah mati. Berikut adalah sebahgian dari petikan fatwa Jakim:-
5.6 Menjaga aurat mayat
Orang yang melakukan bedah siasat mayat hendaklah tidak boleh dengan sengaja melihat aurat mayat kecuali pada kadar yang diperlukan sahaja. Diriwayatkan dari Saidina Ali k.m.j., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu nyatakan (perlihatkan) pahamu,dan janganlah kamu memandang kepada paha orang hidup dan orang mati”.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) Mayat seboleh-bolehnya diuruskan oleh petugas dari jantina yang sama. Kaedah ini merujuk kepada keputusan Persidangan Majma‘ al-Fiqh al-Islami (IslamicFiqh Academic) di Brunei Darussalam pada 21-27 Jun 1993 mengenai wanita yang ingin mendapatkan rawatan perlu mengikut keutamaan berikut;
a. Doktor perempuan muslim pakar
b. Doktor perempuan bukan muslim pakar
c. Doktor lelaki muslim pakar
d. Doktor lelaki bukan muslim pakar Islam mengharuskan rawatan lelaki terhadap perempuan dan sebaliknya dengan syarat-syarat seperti
berikut;
a. Tidak bersendirian
b. Menahan pandangan mata
c. Menyentuh di tempat yang berkaitan
d. Menyediakan doktor pakar mengikut jantina
5.7 Menjaga rahsia mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam bedah siasat mayat hendaklah menyimpan rahsia mayat, iaitu tidak mengaibkan dan tidak mendedahkan keadaan mayat kepada pihak yang tidak berkenaan.
5.8 Tidak menghina, mencemuh dan memaki mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan kerajaan yang terlibat dalam pengendalian mayat tidak boleh menghina,mencemuh atau memaki mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasululllah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”. (Riwayat at-Tirmizi)
Rujukan :http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=694
Saya berharap perkara ini mendapat perhatian semua moderator dan owner egroups , website dan weblog agar kita sebagai umat islam berhati -hati dalam apa juga tindakan kita Janganlah kerana inginkan kepopularitian kita menyiar apa saja yang boleh menarik minat orang mengunjungi egroups atau web kita. Bayangkan jika mayat tersebut adalah kita atau kaum keluarga kita, tidakkah malu? Ingatlah juga bahawa allah berfirman dalam surah al zalzalah ayat 7-8, yang mafhumnya "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! ,Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)"!fikirkanlah.
No comments
Post a Comment