Balasubramaniam tarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan Najib

aPenyiasat persendirian, P Balasubramaniam hari ini menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau membuat akuan bersumpah semalam kerana dalam keadaan tertekan dan kecewa kepada kerajaan

Perenggan yang ditarik balik itu ialah dakwannya bahawa Najib menjalin hubungan seks dengan Altantuya dan dakwaan bahawa Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Semalam bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di pejabat PKR, Balasubramaniam telah mendedahkan mengenai hubungan langsung Timbalan Perdana Menteri bersama wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada Oktober 2006.

No comments

Powered by Blogger.