Pendirian PAS terhadap suasana Politik Kini

Oleh fatwapujangga

" Dalam suasana politik malaysia yang tidak menentu ini.PAS dilihat seolah olah mengambil sikap berdiam diri dan bertenang.Malah hanya segelintir sahaja pimpinan PAS yang memberi ulasan terhadap beberapa isu terkini.

Kebetulan pula pada masa ini difahamkan Tuan Guru Presiden berada di United Kingdom, menghadiri suatu program yang dianjurkan oleh Gerakan Islam disana.

Oleh itu sepatutnya tugasan menentukan polisi dan sikap parti didalam isu yang sangat hangat dibebankan kepada timbalan Presiden atau mana-mana pimpinan kanan Parti.

Bagi tujuan untuk mendengar penjelasan pendirian dan sikap PAS terhadap isu terkini politik Tanahair, ayuh kita semua berkunjung kemasjid Rusila jam 9.00 Malam ini ( 4 Julai 2008) untuk mendengar ceramah penjelasan tersebut yang akan disampaikan oleh Setiausaha Agong PAS Pusat DFato' Kamaruddin Jaafar.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan hadir, tunpuan boleh lah mengikuti siaran langsung ceramah tersebut.
Difahamkan oleh teman-teman Jabatan IT Terengganu, Live ceramah hanya melalui Audio sahaja.Ini belaku kerana talian streamyx sekitar Rusila dan kawasan yang berdekatan telah mengalami gangguan semenjak awal pagi tadi.
Pengendali laman Terengganukini memaklumkan, live hanya dihantar dengan menggunakan Broadband Celcom.

Untuk mengikuti live si ke :- Live"

No comments

Powered by Blogger.