Geram 5 Kemarahan.

Oleh Truckster

"
a

Kecewa? Marah? Geramm kerana minyak petrol naik harga sedang menjadi-jadi di seluruh dunia. Demonstrasi sedang merebak di merata-rata kota dalam dunia. Marah yang menyirapkan darah rakyat Malaysia ada puncanya. Malaysia sebagai negara pengeluar minyak tetapi harga minyak mahal. Kenapa ini berlaku? Inilah soalan yang menyirapkan darah.

Soalan – kenapa ini berlaku? menjadikan orang ramai marah. Jawabnya, semua ini adalah hasil kerenah dasar ekonomi kerajaan di kuasai BN. Dasar ekonomi pembaziran selama 50 tahun ini telah membuat orang ramai marah. Kemarahan ini pasti menjemput orang ramai turun ke jalan raya untuk berdemo.


Kemarahan pertama – semenjak syarikat Petronas ditubuhkan pada tahun 1974 , kita sebagai warga negara telah TIDAK diberitahu penyataan kira-kira kewangan syarikat minyak ini. Syarikat minyak ini adalah hak milik negara. Negara itu ialah kita semua. Kita ialah rakyat. Ertinya Syarikat ini adalah hak milik kita semua. Bukan hak milik United Malays National Organisation, bukan hak milik Hassan Merican atau hak milik Mahathir Muhamad.

Sebagai warga kita berhak untuk mengetahui pendapatan, belanjawan dan pelaburan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan oleh Petronas. Selama lebih dari 30 tahun ini duit dari Petronas telah TIDAK diketahui ke mana lesapnya.

Kemarahan kedua – Pembaziran demi pembaziran telah dilakukan selama 22 tahun oleh Mahathir Muhamad…

Lihat bangunan Dayabumi – kosong.
Lihat bangunan berkembar Petronas – satu darinya kosong.
Lihat pula Litar F1 Sepang – kosong.
Lihat pula Bangunan Konvensyen di Putera Jaya – kosong.
Lihat pula agenda Monsoon Cup - kosong.

Lihat pula Kampung Hadari di Kuala Terengganu – Kosong. Berbilion-bilion duit Petronas diambil untuk projek-projek gila.

Marah sahaja TIDAK cukup. Masanya telah sampai untuk kita semua turun ke jalan raya untuk menghentikan pembaziran ini.Rakyat WAJIB bangun, marah, keluar berdemo dan menuntut dibuka semua akaun Petronas untuk di ketahui umum. Kenapa akaun ini dijadikan rahsia? Kenapa rahsia? Apa sebab menjadi rahsia? Apa yang ingin di sorokkan?

Kemarahan ke tiga - Rakyat wajib tahu – berapa ramai pemain Filharmonik Orkestra Petronas itu rakyat Malaysia? Rakyat wajib tahu berapa belanja mengupah Mat Saleh kokak yang dalam negara mereka sendiri TIDAK ada kerja, kini datang berlagak menjadi pemuzik di Malaysia?

Kemarahan ke empat - Najib dan Razak Baginda yang mendapat komisen beli kapal selam itu duitnya datang dari mana? Apa gunanya kapal selam ini? Hendak menyelam apa? Apakah ini projek-projek ‘senjata’ ini bertujuan untuk buat duit? Bukankah ini duit dari jual minyak?

Kemarahan ke lima - Rakyat wajib diberi tahu siapa yang melantik Mahathir Muhamad menjadi penasihat Petronas? Ketika Mahathir berkuasa dahulu siapa pula penasihat Petronas? Kalau dahulu TIDAK ada penasihat kenapa sekarang perlu ada. Apakah Mahathir Muhamad yang menjaga duit Petronas? Betul kah duit Petronas telah diambil untuk membayar hutang Mirzan anak Mahathir pada tahun 1997 dahulu?

Lima kemarahan ini hanyalah kemarahan awal. Hakikatnya jika semua pembaziran ini dihentikan PASTI harga minyak dapat diturunkan. Ayuh Rakyat Bangkitlahhhh Untuk Turun sama menyuarakan Bantahan. 6Julai ini, Usah Lagi Di Tipu Dulu, Di Tipu Kini & Di Tipu Selama-lamanya.

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT…!!!


http://www.geramm.org

No comments

Powered by Blogger.