Islam Hadhari: Surat Terbuka buat Jakim dll.

Oleh Yangretibase

"Assalamualaikum,

 Saya tujukan surat terbuka ini khusus untuk perhatian Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Haji Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz; Ketua Pengarah Yadim, Datuk Haji Nakhaei Ahmad; Mufti Perak, SS Datuk Seri Haji Harussani Zakaria dan Mufti Perlis SS Dr. Haji Mohd. Asri Zainul Abidin. Terus terang saya katakan bahawa saya masih sangat terkeliru mengenai 'Islam Hadhari". Maka saya memerlukan penerangan dan penjelasan yang muktamad yang memuaskan hati saya sehingga saya tidak dapat lagi mempertikaikan Islam Hadhari, lantas menerimanya.

Setakat ini dan hingga kini, apa yang saya fahami dan apa yang saya tanggapi berkenaan Islam Hadhari adalah sepereti berikut:

1)"Islam" diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan jin melalui Nabi Muhammad Rasulullah SAW; manakala Islam Hadhari diturunkan kepada Datuk Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi oleh syaitan melalui hawa nafsu bahimiahnya.

2) Sembilan daripada 10 prinsip Islam Hadhari ( Prinsip ke-2 hingga ke-10) bertentangan dan bercanggahan sama sekali dengan prinsip Islam yang terdiri daripada dua rukun, iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman. (Prinsip bermakna dan bermaksud: asas, tunjang, paksi, tapak, dasar utama yang kesemuanya membawa maksud 'rukun')

3) Allah SWT memberikan jaminan bahawa 'ISLAM' ciptaan-Nya itu sudah cukup, lengkap, sempurna serta syumul; namun PM Abdullah Ahmad Badawi merasakan ISLAM itu masih belum lengkap, belum sempurna dan belum cukup; lalu dilengkapkannya, disempurnakannya dan dicukupkannya dengan menambah regu istilah HADHARI kepada ISLAM sehingga menjadilah gagasan ciptaannya itu ISLAM HADHARI. Dengan kata ringkas, ISLAM ciptaan Allah; ISLAM HADHARI ciptaan Abdullah.

4) Saya gagal menemukan ciri-ciri hadhari yang baik dalam Islam Hadhari. Apa dan di mana sifat hadharinya yang positif tidak dapat saya kesani. Bagi saya, sifat hadhari dalam Islam Hadhari terserlah dengan amat nyata dalam pelaksanaan apa sahaja program yang berunsur negatif, buruk dan jahat. Sebagai contoh:

1. Pelaksanaan ISA.
2. Unsur riba dalam sistem ekonomi negara (kalau masih ada).
3. Program media, terutamanya media elektronik, khususnya TV.
4. Industri hiburan dalam negara.
5. Sistem kehakiman, keadilan dan perundangan.
6. Aspek kepemimpinan yang terlalu lebih mengutamakan dunia yang fana ini seolah-olah akhirat itu suatu fantasi. Khalifah Islam Hadhari sendiri tidak malu kepada Allah SWT; buktinya: isterinya sendiri dan anak perempuannya tidak berpakaian menutup aurat.
Maka saya berpendapat, Datuk berempat bukanlah ulama rabbani kerana Datuk berempat lebih malu kepada manusia daripada malu kepada Allah SWT.

7. Sistem dan kaedah pengagihan kekayaan negara yang tidak adil.
8. Dan banyak lagi perkara yang seumpamanya.
Oleh yang demikian, saya berkesimpulan bahawa Islam Hadhari ini boleh mengeliru dan menyesatkan umat Islam Malaysia; akibatnya rosaklah aqidah sesiapa yang percaya dan berpegang dengan Islam Hadhari.

Terus terang saya katakan bahawa saya ini jahil. Maka, tolonglah saya. Saya takut saya sesat. Tolong buatkan analisis yang terperinci atas kefahaman dan tanggapan saya berkenaan Islam Hadhari.

Sekian, pohon ampun dan maaf. Wassalam.
"

No comments

Powered by Blogger.