Mubahalah

Oleh Faizal

 Assalamualaikum DATO - DATO SERI!!!


Minggu ini adalah minggu fitnah yang maha hebat berlaku dalam negara kita. Mencari kebenaran pada minggu ini - ibarat mencari seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap. Minggu ini - DATO SERI NAJIB menuduh DATO SERI ANWAR meliwat - DATO SERI ANWAR pula menuduh DATO SERI NAJIB terlibat pembunuhan Altantuya - Saiful pulak mendakwa diliwat oleh DATO SERI ANWAR - DATO SERI ANWAR nafi - Rosmah pun kena tuduh- dia pun nafi juga - Arghhh!!! Itulah yang berlaku minggu ini wahai Dato Seri. Kami Rakyat marhain di bawah ini pening wahai DATO - DATO SERI.



WAHAI DATO - DATO SERI,

Surat terbuka ini sekadar untuk mencari penyelesaian dari rakyat Marhain.


DATO SERI ANWAR!!


Untuk memadamkan api fitnah ini lakukan Dato Seri perlu lakukan Mubahalah - Sumpah di atas nama Allah. Bersumpahlah atas nama Allah di khalayak ramai.


Wallahi!! Wabillahi!! Watallahi! Saya DATO SERI Anwar Ibrahim Bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak melakukan perbuatan liwat tersebut. Jika saya DATO SERI Anwar Bin Ibrahim berbohong nescaya saya akan dilaknat oleh ALLAH SWT Dunia dan Akhirat


Kepada Saiful Bukhari!! - Anda juga wajib melakukan Mubahalah kerana anda adalah pencetus suasana ini - Sumpah di atas nama Allah. Mudah - mudahan sumpah ini dapat memberi pembelaan untuk anda Bersumpahlah atas nama Allah di khalayak ramai.


Wallahi!! Wabillahi!! Watallahi! Saya Saiful Bukhari bersumpah dengan nama Allah bahawa memang benar saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Jika saya Saiful Bukhari didapati berbohong nescaya saya akan dilaknat oleh ALLAH SWT dunia dan Akhirat


DATO SERI NAJIB!!


Nasihat ikhlas dari saya - lakukan Mubahalah - Sumpah di atas nama Allah. Sumpah atas nama Allah di khalayak ramai. Ucapkanlah begini


Wallahi!! Wabillahi!! Watallahi! Saya DATO SERI NAJIB BIN TUN RAZAK bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak terlibat dalam pembunuhan Al Tantuya . Jika saya Najib Bin Tun Razak berbohong nescaya saya akan dilaknat oleh ALLAH SWT dunia dan Akhirat


Untuk DATIN SERI ROSMAH - ini juga nasihat ikhlas dari saya - lakukan Mubahalah - Sumpah di atas nama Allah. Bersumpahlah dengan atas nama Allah di khalayak ramai. Sekadar menafi dan tidak bersandarkan penafian kepada Allah hanya akan membuka ruang fitnah yang lebih besar. Untuk kebaikan anda juga. Bersumpahlah. Selebihnya urusan Allah


Wallahi!! Wabillahi!! Watallahi! Saya DATIN SERI ROSMAH bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak terlibat dalam pembunuhan Al Tantuya . Jika saya DATIN SERI ROSMAH berbohong nescaya saya akan dilaknat oleh ALLAH SWT dunia dan Akhirat.


UNTUK RAKYAT DAN MEDIA - ini juga nasihat ikhlas dari saya - berhenti membuat andaian dan spekulasi berbentuk fitnah selepas semua mereka bermubahalah - kita tunggu ketentuan dari ALLAH SWT. Biar Allah yang memutuskan.


Selagi DATO SERI ANWAR, SAIFUL, DATIN SERI ROSMAH dan DATO SERI NAJIB tidak membuat sumpah mubahalah, selagi itulah rakyat akan terus dihujani dosa fitnah. Syaitan akan berperanan lebih hebat dalam suasana fitnah.


Wahai Dato - dato Seri


Ingatlah sebahagian dari anda adalah pemimpin yang menjadi idola dan mempunyai pengaruh dan pengikut.


Kelak di padang Mahsyar. Dalam huru hara di Padang Mahsyar Rakyat Marhain akan mencari pemimpin mereka. Rakyat Marhain akan bersesak - sesak di celah jutaan manusia mencari pemimpin mereka di padang Mahsyar.


Ketika itu orang ISLAM dari PARTI KEADILAN RAKYAT akan mencari DATO SERI ANWAR IBRAHIM untuk memohon syafaat. Mudah - mudahana ada syafaat yang dapat diberikan dari dato Seri. Ketika itu juga orang - orang ISLAM dari UMNO juga akan bersesak - sesak dalam kelam kabut padang Mahsyar mencari DATO SERI NAJIB TUN RAZAK .Mudah - mudahan mereka beroleh syafaat dari Dato Seri. Jangan lupakan mereka kelak wahai dato - dato Seri.


Begitulah juga halnya dengan orang - orang ISLAM dari PAS mereka juga akan bersusah payah di padang Mahsyar kelak untuk mencari pimpinan mereka Tuan Guru Nik AZIZ NIK MAT. Mudah- mudahan ada syafaat yang dapat diberikan. Jangan lupakan kami Tok Guru.


Mungkin agak lucu jika dikatakan penganut - penganut ISLAM HADHARI juga akan berbondong - bondong mencari Dato Seri Abdullah Badawi Dan Ustazah Mashitah Ibrahim ketika keadaan huru hara di padang Mahsyar kelak.Ini bukan cerita lucu Pak Pandir. Sebab Allah Taala telah rakamkan cerita tersebut dalam Surah Al Baqarah.


"Iz tabara alazi nat tubi'u minal lazi nat taba'u wa ra wul azab ...... buka surah Al Baqarah


Bukalah surah Baqarah - cari ayat tersebut sebagai homework.


Mudah - mudahan dengan Mubahalah ini dapat meredakan fitnah yang berterusan.



wassalam


Faizal

Rakyat Marhain

Bandar Baru Selayang2A

No comments

Powered by Blogger.