Laporan Polis Ketua AMK di Balai Polis Dang Wangi

Oleh Shamsul Iskandar

Saya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (No. K/P : 741229-04-5273) beralamat di JA 5347, Kg Kesang Jaya, 77000 Jasin, Melaka dengan ini ingin membuat laporan seperti berikut :


1. Saya merujuk kepada Akuan Bersumpah Balasubramaniam a/l Perumal yang diikrarkan pada 1 haribulan Julai 2008 seperti yang dilampirkan di sini.


2. Berdasarkan kepada kandungan akuan bersumpah tersebut saya memohon agar kenyataan-kenyataan Balasubramaniam a/l Perumal berhubung perkara-perkara berikut disiasat :


(a) Altantuya Shaaribu telah diperkenalkan kepada Abdul Razak Baginda oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia;


(b) Najib Razak memberitahu Abdul Razak Baginda bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan berhubung kenyataannya bahawa Altantuya juga mudah dan sanggup (susceptible) diliwat;


(c) Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Altantuya pernah keluar makan malam bersama di Paris;


(d) Altantuya telah dijanjikan komisyen sebanyak USD 500.000-00 untuk bantuan yang beliau berikan di dalam urusan pembelian kapal selam;


(e) DSP Musa Safri, ADC kepada Najib Razak telah bercakap dengan Inspektor di Balai Polis Dang Wangi apabila Amy, teman Altantuya ingin membuat laporan berhubung kehilangan Altantuya;


(f) Isi kandungan khidmat pesanan ringkas (sms) yang dihantar oleh Najib Razak kepada Abdul Razak Baginda dan ditunjukkan kepada Balasubramaniam dan peguam Abdul Razak Baginda bahawa Najib Razak akan menemui Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari tersebut dan perkara tersebut akan diselesaikan dan supaya Abdul Razak Baginda bertenang;


(g) Kenyataan-kenyataan oleh Balasubramaniam a/l Perumal berkenaan penglibatan Najib Razak kepada pihak Polis telah diketepikan oleh pihak Polis


3. Sehubungan dengan itu, saya memohon perakuan-perakuan di dalam Akuan Bersumpah Balasubramaniam a/l Perumal disiasat berhubung dengan:


(i) Penglibatan Najib Razak dengan mangsa pembunuhan iaitu
Altantuya Shaaribu;


(ii) Hubungan seks Najib Razak dengan Altantuya Shaaribu termasuk perbuatan liwat di dalam konteks seksyen 377B dan 377D Kanun Keseksaan;


(iii) Penglibatan DSP Musa Safri, ADC Najib Razak di dalam kes Altantuya;


(iv) Penglibatan Najib Razak dan Abdul Razak Baginda berhubung
komisyen USD 500.000-00 yang telah dijanjikan kepada Altantuya Shaaribu di dalam urusan pembelian kapal selam;


(v) Penglibatan Ketua Polis Negara dan Najib Razak dalam menyelesaikan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Abdul Razak Baginda berhubung Altantuya Shaaribu;


(vi) Pengenepian keterangan (suppression of evidence) berhubung kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh Balasubramaniam a/l Perumal kepada pihak Polis ketika disiasat oleh pihak Polis

Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas, saya memohon agar suatu siasatan segera dilakukan.


Sekian sahaja laporan saya.

No comments

Powered by Blogger.