Kuatkuasa Kewajipan Solat Tanggungjawab Kerajaan
Oleh Salahudin Ayub
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) menyokong penuh dasar baru kerajaan negeri Kelantan yang meletakkan solat sebagai salah satu syarat perlantikan dan kenaikan pangkat untuk kaki tangan kerajaan negeri. Langkah ini amat bertepatan dengan dasar kerajaan mahu membentuk sebuah kerajaan yang bersifat ’ubudiyah (taat kepada Allah), mas’uliyah (bertanggungjawab) dan itqan (cemerlang)’.
Solat bukan sahaja boleh melatih kakitangan kerajaan takut kepada Allah, bertanggungjawab, menepati masa, amanah dan berkualiti, bahkan akan menjadi asas untuk mencegah amalan mungkar dalam pentadbiran seperti rasuah, pecah amanah, penyelewengan dan sebagainya. Ini kerana Allah sendiri menegaskan bahawa solat adalah mekanisme berkesan untuk mencegah perkara buruk dan keji (fahsya dan mungkar).
Pada hari ini kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengawal pentadbiran kerajaan melalui pendekatan undang-undang dan ombudsman, tetapi peningkatan kadar jenayah kolar putih seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, salah laku, pecah amanah dan sebagainya terus berlaku sehingga melibatkan pemimpin tertinggi negara. Tidak salah kita mempunyai undang-undang atau badan seperti polis, BPR, Biro Aduan Awam dan sebagainya, tetapi jika kita dapat mendidik rakyat melalui pendekatan agama, masalah ini bukan sahaja boleh dikurangkan, tetapi boleh dihapuskan. Islam sendiri dalam sistem pentabiran awamnya telah memperkenalkan pendekatan hisbah iaitu satu bentuk ombudsman bagi tujuan ini.
Selain pendekat hisbah yang pernah dilaksanakan oleh PAS di Terengganu, Islam juga telah meletakkan prinsip amar makruf nahi mungkar (menyuruh kepada yang baik dan mengcegah kemungkaran) sebagai modus oprandi berkesan dalam mengawal pentadbiran awam. Metodologi agama yang dipraktiskan di Kelantan semenjak 1990 telah menampakan satu perkembangan positif dalam ketelusan pentadbiran awam dan ia harus diakui oleh semua pihak. Kelantan bukan sahaja memiliki kepemimpinan yang bersih dan bertaqwa, tetapi juga pegawai dan kakitangan awam yang berkeperibadian mulia. Tidak dinafikan masih ada kes-kes rasuah atau pecah amanah yang berlaku di kalangan penjawat awam, tetapi kadarnya amat kecil. Dan langkah proaktif yang baru ini melalui penguatkuasaan solat diyakini akan membantu menyelesaikan masalah ini.
Dalam ajaran Islam, solat bukanlah urusan peribadi individu Muslim, tetapi ia adalah tanggungjawab kerajaan yang mesti dilaksanakan. Allah telah mengarahkan supaya orang-orang yang diberikuasa pemerintahan supaya melaksanakan kewajipan solat dan zakat, selain menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah mungkar. Di Kelantan, langkah awal diambil seperti memperkenalkan Kempen Bulan Sembahyang, galakan memakmurkan masjid, majlis ilmu, tazkirah dan sebagainya adalah untuk melaksanakan kewajipan ini. Jika kerajaan mengambil sikap mengabaikan amalan sembahyang di kalangan rakyat, hubungan makhluk-Pencipta (Allah) akan terputus dan bebaslah manusia melakukan apa sahaja tanpa kawalan dari langit. Kerana itu kita melihat dalam kerajaan moden yang sekular, masalah jenayah ini bukan hanya berlaku di kalangan kerani atau budak pejabat sahaja, tetapi turut melibatkan pengarah, pegawai tinggi dan menteri juga.
SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

No comments
Post a Comment