Husam: Kuasa matahari, kincir angin hadapi krisis minyak

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan sedang merancang untuk menggunakan kuasa matahari bagi menghadapi krisis harga minyak yang semakin meningkat, kata Exco Perancangan Ekonomi, Datuk Husam Musa.

''Untuk permulaan kita akan membuat percubaan di beberapa buah kampung di pendalaman dan akan mengembangkannya ketempat lain.''

Dia kata buat masa sekarang kos untuk memasang alat kuasa matahari tersebut agak tinggi namun jika dikira untuk jangka panjang ianya agak menjimatkan.

Selain kuasa matahari, kerajaan Kelantan juga sedang merancang menggunakan kincir angin sebagai alternatif kedua untuk mendapatkan tenaga elektrik.

Kerajaan juga sedang merancang untuk membina bandar yang akan menggunakan kuasa matahari dan kuasa kincir angin sepenuhnya dan bandar ini juga akan menjadi salah satu dari tarikan pelancong.

Satu surat akan dihantar kepada Perdana Mentri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan Petronas bagi mendapat kebenaran agar pihak Petronas dapat membekalkan gas bagi kegunaan projek NGV ini.

''Petronas adalah milik negera dan rakyat dan saya tidak nampak apa-apa sebab mengapa Petronas tidak dapat membekal gas kepada Kelantan. Saya yakin projek ini akan dapat dilaksanakan dalam 2,3 bulan lagi,'' katanya

Kerajaan Kelantan akan menyediakan stor,pengangkutan, station gas dan lain-lain keperluan infrastruktor yang lain bagi tujuan projek NGV.

Sistem NGV adalah mudah dan tidak begitu komplikasi seperti sistem minyak dimana sebagia contohnya ia tidak memerlukan paip besar untuk kegunaan gas tersebut.

''Iran telah mewajibkan pada tahun 2010 semua kenderaa wajib menggunakan NGV dan saya berharap kita akan dapat mengikuti mereka kerana ianya lebih bersih dan lebih jimat,'' tambahnya

No comments

Powered by Blogger.