Najib Terperangkap Dengan Politik Abdullah

Oleh reformisjohor

"
a

Heboh satu negara apabila YAB PM mengumumkan bahawa peralihan kuasa akan berjalan pada Jun 2010. Ramai ahli UMNO yang merasa lega dengan kenyataan beliau. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa itu adalah permainan politik yang sangat halus.

Bila kita renungkan, pengumuman tersebut dibuat di dalam jangkamasa yang amat dekat dengan perhimpunan bahagian dan pusat UMNO. Di sini, tindakan Abdullah dianggap bijak bagi mengelakkan hilang kepercayaan ahli-ahli UMNO terhadap beliau. Oleh begitu jangkaan saya, Pertandingan antara Abdullah dan Tengku Razaliegh akan memihak kepada Abdullah.

Di dalam hal ini, TPM akan tercepit dengan keputusan beliau. Ini disebabkan secara tak langsung Najib tidak akan berupaya melawan bos beliau di dalam perhimpunan agung tersebut. Sekiranya beliau melawan jawatan Presiden UMNO, sudah pasti beliau akan kecundang dan ahli UMNO itu sendiri akan mengatakan bahawa Najib ini seorang yang rakus dan tidak sabar.

Senario ini memungkinkan jawatan nombor 2 ini akan dicabar oleh beberapa orang. Dalam jangka waktu ini, orang yang menunjukkan minat untuk menduduki jawatan nombor 2 ini ialah calon TPM Abdullah iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Dijangkakan Tan Sri Muhyiddin akan memberikan cabaran yang besar terhadap Najib berdasarkan apa yang berlaku sekarang ketika isu Najib yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya semakin hangat diperkatakan. Ini akan memberikan kesan yang besar terhadap undi Najib.

Selain itu, seandainya KULI berjaya menewaskan Abdullah, nescaya lambat lagi jawatan Nombor 1 itu diserahkan kepada Najib. Dan tidak mustahil KULI juga mempunyai calonnya tersendiri bagi menggantikan beliau.

Bagi pendapat saya:
  1. Abdullah mempergunakan Najib bagi menyelamatkan kedudukan beliau.
  2. Najib menjadi umpan dan mangsa kepada politik Abdullah.
  3. Merupakan cara terhormat bagi menyingkirkan Najib daripada Jawatan Nombor 2.
Apa - apapun kita lihat apa yang akan berlaku tidak lama lagi dan mungkin akan berlaku kejutan yang besar di dalam arena politik negara.
"

No comments

Powered by Blogger.