Negara dikhianati angkara Mahathir Mohamad

Oleh S.J.

 orang pertama yang patut disalahkan diatas kemelut politik dalam negara sekarang adalah dr mahathir . orang inilah yang memulakan budaya fitnah dan politik kotor dalam negara . anwar ibrahim dijatuhkan melalui gerakan politik fitnah yang dicipta oleh orang ini dan menyebabkan orang melayu telah berpecah teruk pada waktu itu .dan seterusnya ia berlangsung tahun demi tahun sehingga hari ini orang ini masih memperkatakannya . jadi apakah salah sekarang ini anwar ibrahim membuat keputusan untuk menyerang kerajaan dan kuncu - kuncu orang ini seperti najib razak demi mempertahankan diri ?



orang pertama juga yang patut dituduh sebagai pengkhianat bangsa adalah dr mahathir kerana dosanya kepada orang melayu terlalu banyak dan tidak terhurai disini . maka apabila syed ali alhabsyi , ali rustam , rais yatim mengatakan anwar pengkhianat bangsa ianya tidak membawa apa - apa makna kerana pengkhianat bangsa tidak akan sanggup terpenjara demi kerana mempertahankan prinsip . mudahnya mereka menuduh anwar pengkhianat bangsa sedangkan lim kit siang sendiri dijulang oleh orang cina kerana mempertahankan cina tetapi anwar mempertahankan maruahnya sebagai orang melayu dituduh pengkhianat .


disebabkan mereka bercerita persoalan bangsa maka dalaman mereka sendiri iaitu MCA dan MIC masih berdiam diri dalam soal anwar kerana mereka tahu seburuk - buruk pemimpin kaum mereka tidak tergamak mereka memfitnah kaum mereka sendiri kerana inginkan kuasa . jika betul pun anwar memfitnah , bukankah disebabkan orang lain yang memfitnahnya tanpa henti ? tanpa henti , secara berterusan . bukalah ayat alquran mana sekalipun atau hadis sahih mana sekalipun ianya tidak akan mendatangkan rasa insaf dikalangan penfitnah kerana hukum islam sendiri diragui dan enggan dilaksanakan oleh mereka .


orang pertama yang patut dituduh sebagai pengkhianat agama adalah dr mahathir kerana orang inilah yang menyekat hukum islam daripada dilaksanakan di kelantan diawal pemerintahan dulu . dan ianya diteruskan oleh pemimpin sekarang yang terang - terang sudah menganuti ajaran yang diajarkan oleh dr mahathir . hari ini lahir lagi seorang pengkhianat bukan setakat bangsa tetapi dunia kerana mencemarkan dunia islam dengan pertuduhan zina dan pembunuhan yang mencelikkan mata semua pemimpin dunia angkara c4 . ini semua asuhan dr mahathir . mahathir tahu siapa yang bunuh mustakizah , mahathir juga tahu siapa yang bunuh tan sri yahya ahmad dan mahathir juga tahu siapa yang bunuh altantunya . kenapa tidak didedahkan seandainya benar beliau bukan seorang pengkhianat kerana pengkhianat biasanya tahu apa yang dikhianatinya .


adakah mempertahankan diri itu pengkhianat ? kalau ini yang ditafsirkan sebagai pengkhianat maka setiap orang yang dibawa ke mahkamah kerana sesuatu pertuduhan lalu mempertahankan diri maka orang ini adalah pengkhianat . maka orang yang berhujah seperti ini juga pengkhianat kerana mempertahankan diri . kita lihat nanti siapa sebenarnya pengkhianat ..

No comments

Powered by Blogger.