Ezam Politikus Munafik

Oleh Mazli Saring

 Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyifatkan ahli terbaru Umno, Ezam Mohd Noor kini sudah dijangkiti sindrom 'politik munafik' melalui kenyataan terbaru beliau yang semakin ligat mencabar KeADILan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim khususnya.

Kelihatan Ezam sudah semakin memainkan peranan beliau sebagai ahli Umno yang 'bersetia dan berkhidmat' di bawah juak politik Umno yang bankrap moral.



Rakyat tidak pernah lupa bagaimana Ezam begitu agresif menyerang Najib Tun Razak sewaktu beliau berada di dalam KeADILan satu ketika dahulu. Malah, beliau sendiri merupakan individu yang bertanggungjawab mencabar Najib bersumpah dengan nama Allah sewaktu kes beberapa pimpinan KeADILan yang bertindak keluar parti menyertai Umno sejurus sebelum Pilihanraya Ke-11 bermula pada tahun 2004, sehingga Ezam sanggup menawarkan dirinya bertanding di Parlimen Pekan pada ketika itu untuk mendedahkan kepincangan Najib,

Tetapi kini segalanya berubah apabila Ezam akur menjadi gurkha Najib yang setia. Malah pujian melangit yang dibuat Ezam ke atas Najib sama seperti tindakan P. Balasubramaniam yang membuat pusingan U-turn terhadap akuan sumpah beliau. Cuma yang membezakan Ezam dan Bala, ialah Bala mendakwa beliau diugut dan ditekan. Tetapi Ezam melakukan sedemikian atas tawaran kedudukan dan jawatan.

AMK secara terbuka ingin mencabar Ezam untuk turut sama bersumpah bahawa beliau tidak hadir di dalam pertemuan Saiful Bukhari dengan Najib beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful 28 Jun lepas.

Ezam juga dicabar bersumpah sama ada beliau tidak dijanjikan sebarang jawatan dan kedudukan sebagai 'upah' beliau memasuki semula UMNO dan seolah-olah menjadi ayam sabung baru UMNO dan gurkha politik kepada pemimpin yang bankrap moral. AMK menyarankan Ezam agar jangan bertindak seperti anjing menyalak bukit kelak nanti ayam di tangan terlepas lalu tangan terpalit tahi.

Mazli Saring

Ketua Penerangan

Angkatan Muda Keadilan Selangor

No comments

Powered by Blogger.