PANDIKAR AMIN(hilang) MULIA BERMAIN PERKATAAN
Assalamu alaikum..,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan..,,
Pandikar amin,speaker dewan rakyat hari ini menolak usul tidak percaya terhadap PM berdasarkan pengunaan perkataan 'mengambil ketetapan' yang menurutnya bertentangan dengan perkara 18(1) dan 18(2). Pandikar amin boleh mengambil keputusan menolak usul tersebut tanpa memberi sebarang sebab tetapi beliau memilih untuk menjustifikasikan penolakannya.
Namun justifikasi yang diberi oleh Pandikar Amin akhirnya terjebak dengan mainan perkataan yang mana telah memerangkapnya.Hidup sebagai speaker bakal menjadi semakin sukar bagi Pandikar Amin yang telah hilang 'mulia'nya.Pandikar beberapa kali mengeluh kerana ahli YB yang tidak menghiraukan dirinya malah mungkin selepas ini hilang hormat kepada speaker.Pandikar Amin yang hilang 'mulia'bakal berdepan dengan konspirasi pembangkang yang lebih dasyat dari konspirasi liwat DSAI.Lebih mendukacitakan Pandikar Amin ialah beliau nampak bersendirian berdepan dengan konspirasi ini kerana ahli YB dari BN nampaknya tidak dapat membantunya.Itulah yang terjadi di Parlimen hari ini ketika perbahasan penolakan usul tidak percaya tersebut.
Menurut Pandikar Amin penggunaan perkataan mengambil keketapan bermakna undian bakal dijalankan dan ini bertentangan dengan perkara 18(1) dan 18(2) yang menyebut usul sebegitu sepatutnya dirundingkan bukannya mengambil ketetapan.Oleh kerana itu usul tersebut terpaksa ditolak kerana menjaga nama baik parlimen dan speaker.Pandikar Amin menyatakan seandainya dia membenarkan usul tersebut yang tidak tepat dibahaskan maka speaker dan parlimen Malaysia bakal menjadi bahan ketawa speaker dan parlimen lain diseluruh dunia.Namun apa yang Pandikar Amin lupa atau buat buat lupa ialah dirinya dan parlimen Malaysia sudahpun jadi bahan ketawa seluruh dunia bilamana alasan yang digunakannya ketika menolak usul tersebut.
Cuma mainan perkataan yang boleh diubah bila bila masa.Apa beza antara mengambil ketetapan dan dirundingkan dari segi makna dan bahasannya?kedua duanya akan berakhir dengan pengundian kalau diterima tak kira samaada mengambil ketetapan atau dirundingkan.Itu hakikatnya yang tidak dinyatakan oleh Pandikar Amin sebaliknya melihat perkataan sebagai penting demi menjaga nama baik parlimen dan speaker.
Akibatnya, Pandikar Amin sendiri tanggung.Para YB pembangkang bukannya lulusan darjah 6 atau tadika.YB Shan Alam berjaya memerangkap pandikar Amin dengan soalan cepu emasnya.Soal YB Shah Alam kalau penggunaan perkataan mengambil ketetapan tidak dibolehkan,apakah perkataan tersebut boleh ditukar kepada dirundingkan?
Di sinilah Pandikar Amin terperangkap dan terpancul jawapan bahawa semua YB termasuk YB Shah Alam boleh mengutarakan usul dan terpulang kepadanya untuk meneliti usul tersebut.
Jawapan yang menyebabkan kemungkinan hidup Pandikar Amin sudah tidak mulia lagi selepas ini.Malang bagi Pandikar kerana dikelilingi oleh YB PR yang bukan lulusan darjah 6 dan YB BN yang suka tidur.Selepas ini kita bakal menyaksikan permainan perkataan yang menarik di parlimen dan Pandikar Amin berada ditengah tengahnya bersendirian untuk berdepan dengan konspirasi YB PR.
No comments
Post a Comment