Penahanan Pengarah Imigresen dan Timbalannya ada kaitan degan KES ANWAR?
Penahanan Pengarah Imigresen dan Timbalannya ada kaitan degan KES ANWAR?
Satu berita yang saya terima, penahanan semua penjawat Jawatan tertinggi jabatan Imigresen ada kaitan dengan kes Anwar yang sedang disiasat? malah ada spekulasi ada cubaan rekod keluar masuk Anwar keluar Negara bersama Saiful Bukhari akan direka oleh pihak polis dan Kementerian dalam negeri. ada orang bertanya.. andai Ketua Pengarah, timbalannya dan pegawai tinggi ditahan siapa yang kini berkuasa ketika ini? siapakah yang menguruskan hal ehwal imegresen? bukankah Menteri dalam Negeri Syed Hamid Albar? antaranya diberitakan rekod keluar masuk Anwar ibrahim cuba disamakan dengan rekod Saiful Bukhari, kita tidak risau Rekod Anwar kerana passport ada pada Anwar, tetapi rekod pada passport dan Imigresen Saiful cuba direka cipta oleh pihak polis dibawah Musa Hassan. kini mereka cuba merekacipta agar kes itu kelihatan berlaku di Manila dan Hongkong.
Tangkapan ketua pengarah, Timbalan dan pegawai tingginya agak luar biasa. tidak ada soal siasat dan siasatan awal, tiba tiba sahaja semuanya ditangkap borong. kita jangan terkejut kerana dulu timbalan Gabenor Bank Negara juga pernah ditangkap dalam tuduhan liwat 1998. alasan BPR cukup ganjil, katanya untuk mempercepatkan permohonan Visa dan Passport. takkan hanya mempercepatkan permohonan jadi kes besar, yang hairannya kes kad pengenalan palsu dan Mykad Palsu di Sabah takda siapapun ditangkap. malah yang memalsukan AP juga tidak ditangkap? ape cerita BPR ni. saya sendiri masih tidak yakin dengan barisan BPR sekarang, tambah tambah isu rasuah Yong Teck lee yang jelas ikut telunjuk Menteri.
hari ini Polis berkawal agak luar biasa di keliling Parlimen, bukan sekadar parlimen tetapi pintu masuk Kuala Lumpur. dan jangan lupa esok juga Anwar akan dipanggil dan disoal siasat Polis. apakah Polis sebenarnya membuat persediaane hanya untuk menangkap Anwar esok? permainan politik kotor Umno makin jijik dan kejam , apapun kita tunggu dan lihat..apa akan jadi esok..
No comments
Post a Comment