UMNO JIJIK

KUALA LUMPUR: Tumpuan utama apa yang didakwa "muzakarah" pertama tiga pemimpin tertinggi PAS dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah menjurus kepada tawaran penyertaan PAS dalam Barisan Nasional (BN) termasuk harapan Perdana Mengantuk (pembetulan: Perdana Menteri) untuk menubuhkan kerajaan bersama di Selangor, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Haji Khalid Abdul Samad.

Isu kepentingan Melayu dan Islam hanya perkara sampingan sahaja, kata beliau yang merupakan antara tiga pemimpin parti itu yang menyertai "muzakarah" pertama dengan Perdana Mengantuk (sorry, silap lagi: Perdana Menteri).

Khalid mahu "muzakarah" itu segera dihentikan dan bersetuju serta senada dengan pendapat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa "muzakarah" tersebut hanya akan memporak-perandakan parti.


"Saya bersetuju dengan pendapat Nik Aziz. Memang ada usaha untuk memujuk PAS menyertai Umno," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS mendakwa, Ahli Parlimen Shah Alam itu mengiringi Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (hiwar atau hawar?) dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Haji Mustafa Ali dalam "muzakarah" yang didedahkan oleh Perdana Menteri 20 Julai lalu atas permintaan Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum itu membantah kehadiran Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke pertemuan itu.

Khalid yang pada mulanya tidak bersetuju dengan pertemuan itu akhirnya bersetuju untuk menghadirinya setelah dinasihati oleh Dr Mohd Hatta supaya "memantau" pertemuan itu, dakwa sumber itu lagi.


"Umno sedang mencari talian hayat....dengan menggunakan tiga strategi berbeza kepada PAS,DAP dan PKR. Kepada PAS mereka perbesarkan isu muzakarah dan berkongsi kuasa, dengan DAP meeka gunakan isu agama Islam manakala dengan PKR mereka gunakan isu liwat membabit Anwar Ibrahim. Dengan kerjasama media arus perdana mudahlah bagi Umno menjalankan jarum fitnahnya untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," Dr Mohd Hatta Ramli (Ihsan Basiron Abdul Wahab)

Khalid juga menyifatkan "muzakarah" itu merupakan gimik Umno semata-mata untuk menjatuhkan PAS yang merupakan anggota Pakatan Rakyat (Silat lihat "Umno paling untung dari muzakarah Umno-PAS" - Perantau Kite).

Sebelum ini Sinar Harian juga turut menyiarkan kenyataan tegas Tuan Guru Mursyidul Am, yang juga Menteri Besar Kelantan, yang meminta sebarang usaha untuk mengadakan "muzakarah" antara PAS dan Umno perlu dihentikan dengan segera kerana bimbang akan berlakunya perpecahan dalam parti.

Tuan Guru menyatakan demikian sehari selepas Abdullah, yang juga Presiden Umno, mendedahkan tiga pertemuan telah diadakan dengan tiga pemimpin PAS sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Malaysian Insider
20 Julai lalu melaporkan, antara lain, pertemuan itu diadakan beberapa malam lalu, iaitu selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dilaporkan telah memutuskan supaya pertemuan sedemikian dihentikan.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi wakil Umno dalam pertemuan itu, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo atau Jalal menyifatkan pertemuan itu sebagai impiannya.

Tidak diketahui sejak bila beliau mempunyai impian sedemikian kerana ia tidak pernah dinyatakan oleh Jalal sebelum keputusan pilihan raya 8 Mac lalu yang menyaksikan Pakatan Rakyat merampas empat negeri dari BN, menguasai 10 dari 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur serta mengekalkan Kelantan di bawah pemerintahan PAS.

Lamunan terhenti Jalal itu ditolak oleh sebahagian pembaca Malaysiakini yang menyatakan "Khir Toyo, your dream our nightmare".

Impian terluka bekas Menteri Besar Selangor itu juga ditentang oleh sebahagian besar ahli PAS dan rakyat Malaysia. Ada di antara mereka yang mempersoalkan kewajaran para pemimpin PAS terlibat dalam igauan kejam rakyat Malaysia itu.

Jalal juga mengakui bahawa beliaulah membawa pemimpin tertinggi PAS ber"muzakarah" dengan Perdana Menteri.

Beliau juga mencadangkan agar PAS diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta empat Exco. "Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai Exco yang bakal dibentuk," katanya.

Jalal mendakwa, beliau melakukan semua itu kerana percaya bahawa gabungan PAS dan BN akan memastikan kepentingan agama Islam dan orang Melayu tidak akan diperkotak-katikkan.

"Bagi saya yang penting ialah kepentingan agama Islam dan orang Melayu terjaga bukan siapa yang menjadi pemimpin utama," dakwa beliau.

Jalal bagaimanapun tersilap besar apabila mendakwa impiannya dicincang oleh pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS, melalui Setiausaha Agung parti itu, Kamaruddin Jaafar.

"Muzakarah" tersebut sebenarnya ditentang lebih kuat oleh para pemimpin PAS yang dilihat tidak pernah menyenangi Anwar malah "muzakarah" itu menjadi faktor yang begitu kuat menyatukan para pemimpin PAS yang tidak pernah menyenangi Anwar dan para pemimpin yang bersimpati atau menyokong Anwar.

Malah, walaupun tidak dapat disahkan, Kamaruddin sendiri didakwa telah lama dilabelkan sebagai "tidak boleh diharapkan" untuk memperjuangkan kepentingan Anwar di dalam PAS terutama dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya.

Adalah dipercayai, jika Jalal berjaya dengan rancangannya itu, kekuatannya akan bertambah untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno. Beliau dilihat begitu komited dalam usahanya untuk menjadi Ketua Pemuda Umno sehingga menolak hampir semua jawatan di peringkat negeri Selangor.

Tindakannya menolak pelbagai jawatan diperingkat negeri itu menyebabkan Jalal dilihat oleh sebahagian ahli Umno sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan menaikkan sahamnya untuk merebut jawatan yang dikatakan menjadi idamannya itu.

Blog ini mengharapkan para pembacanya menghantar apa sahaja maklumat mengenai perbuatan Jalal demi kepentingan agama Islam dan orang Melayu.

Selain kepentingan Jalal, sumber dalaman Umno mendakwa "muzakarah" itu juga amat berguna untuk kepentingan Perdana Menteri bagi mencantas seteru-seterunya di dalam parti yang dipimpinnya termasuk Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maklumat lanjut mengenai perkara itu akan cuba diperolehi oleh blog ini.

Sementara itu, Siasah melaporkan Majlis Syura Ulama PAS yang merupaka badan tertinggi dalam parti mendakan mesyuaratnya hari ini di JKR 10, iaitu kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan yang tidak didiaminya di Kota Bharu.

Fokus mesyuarat tersebut ialah isu "muzakarah" antara PAS dengan Umno yang sudah ditafsirkan sebagai "usaha perlahan-lahan PAS untuk berbaik-baik dengan Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat". Adalah diharapkan, apa yang memeningkan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar akan terjawab.

Tuan Guru Mursyidul Am yang juga Pengerusi Majlis Syura dijangka akan mempengerusikan mesyuarat yang dijangka akan diadakan petang ini.

Ia juga dijangka akan dihadiri oleh Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Dr Harun Din dan juga anggota Majlis Syura yang lain. Antara anggotanya adalah Tuan Guru Presiden PAS.

(Peringatan penting: Berita di atas hanyalah putaq-putaq bakaq a.k.a ~penarik beca yang memang "tersohor dan licik dengan kisah 'half truth' dan fitnahnya mungkin setanding dengan 'spin doctors' pra PRU12 dahulu".

Sikit lagi, seorang veteran PAS Kelantan menelefon saya pukul 10.25 tadi dan menyatakan Allahyarham Tan Sri Asri Muda "dah cuba habis" untuk mengekalkan hubungan baik PAS dan Umno. Akhirnya, beliau bukan sahaja gagal malah telah melarikan diri ke dalam Umno bersama 13 penyokong kuatnya. Beliau juga menyatakan, kalau nak sangat Umno, "pergilah. Lepas itu, kita jumpalah bila-bila, kalau ada rezqi, ada duit." Pada saya, janganlah pergi. Tun Daim Zainuddin pun tak nak Umno! Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Sanusi Junid dah lama kata tak nak!

Selain itu, suka saya nyatakan, dan tidaklah terlalu boros kalau saya nyatakan bahawa antara pemimpin PAS yang paling berjasa mencincang pengaruh Asri dan menabalkan kepimpinan ulama dalam Muktamar Pemuda PAS 1982 di Bukit Mertajam ialah Mustafa sendiri. Jika ditaqdirkan beliau sudah tidak ada lagi, itulah legasi terbesar dan terpenting Cik Gu Pa kepada PAS.

Apapun yang saya tulis, saya tidak mudah lupa jasa orang dan, wa kafa biLlahi syahida, saya menentang sekeras-kerasnya cakap-cakap hendak meminta Tok Guru Presiden berundur. Jangan lupa sama-sekali jasa-jasanya di zaman gemilang PAS terutama sebelum Muktamar PAS 1986 dahulu, di mana selepas itu banyak peristiwa perpecahan berlaku serta banyak yang saya rasa tak seronok dengan PAS.

Tok Guru Presiden muncul dengan begitu gemilang di dalam PAS. Kerjayanya sebagai pemimpin PAS juga tidak banyak tercalar.

Antara sifat Tok Guru Presiden yang saya tak lupa ialah beliau tak pernah puji diri sendiri . Tetapi Tok Guru bukan manusia suci yang bebas dari kesilapan. Jangan mentaqdiskan Tok Guru Presiden atau Tok Guru Mursyidul Am. Mereka bukan manusia suci. Namun, hakikat itu tidak sepatutnya dijadikan lesen untuk membantai mereka.

Saya lawan isu, bukan orang. Kalau kelihatan saya lawan orang pun, yang saya kritik ialah prestasi kerjanya. Saya tak nak ambil tahu soal dia beli banglo RM700 ribu ka, berapa biji kereta mewah ka dan atas nama syarikat mana kereta-kereta mewah itu, walaupun saya tahu kerana begitu banyak maklumat yang diberikan. Itu hal peribadinya dan saya tak nak campur).

bakaq

No comments

Powered by Blogger.