Wala' & Ketaatan Asas Kekuatan Dan Kemenangan Islam
A. Dalil Wajib Memberikan Wala’ & Ketaatan Kepada Allah, Rasul Dan Kepimpinan :
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” Surah An Nisa’ : 59
2.Sabda Rasulullah SAW :
“ Berbai’ahlah kepadaku di atas kewajipan mendengar dan taat di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah dalam semua keadaan tidak boleh dijejaskan oleh celaan orang yang mencela, dan sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku daripada apa yang kamu pertahankan daripadanya akan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu dan bagi kamu syurga” riwayat Imam Ahmad
3.Ucapan Saiyyidina Abu Bakar rdh :
“Taatlah kepada aku selama mana aku taat kepada Allah pada memerintah kamu, sekiranya aku berbuat maksiat (melanggar perintah Allah) maka tidak wajib kamu mentaati aku”
KESIMPULAN :
Memberikan wala’ dan taat kepada kepimpinan parti dan jamaah adalah WAJIB SYAR’IE.
B. Pengertian Wala’ :
Wala’ bererti : penjaga, pemimpin, pelindung dan penyerahan.
Wala’ terkandung di dalamnya tiga unsur :1) Kasih sayang2) Tolong menolong3) Persefahaman
Konsep Wala’ yang diamalkan di dalam organisasi Islam bermaksud kesetiaan seorang Muslim kepada saudara seagamanya samada sebagai seorang ketua, pimpinan, imam atau kawan.
Secara umumnya pengertian wala’ dan taat dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ialah kepatuhan dan ketaatan kepada pimpian dalam saf perjuangan Islam.
C. Pengertian Taat :
Kata Imam Hassan Al Banna rhm :
“ Apa yang aku maksudkan dengan ketaatan ialah ; mematuhi perintah dan segera melaksanakannya sama ada pada masa susah mahupun senang, dalam perkara disukai atau dibenci.”
D. Kepentingan Wala’ & Ketaatan Kepada Kepimpinan Jamaah Islam :
1. Wala’ dan taat membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan kepimpinan sehingga menjadi kelam kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam parti yang mempunyai perancangan berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa kepada perpecahan.
2. Wala’ dan taat membawa penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti yang tidak boleh dijejaskan dengan oleh pandangan individu yang berbeza.
3. Wala’ dan taat dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai dalam parti,kerana ada orang yang terlalu laju, ada yang lambat dan sederhana.
E. Beberapa Permasalahan Sekitar Wala’ & Taat :
Permasalahan memberi wala’ ini sering berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah:
1. Tidak meletakkan wala’ yang mutlak kepada Allah.
F. Penyelesaian :
1. Memberikan kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya kepada kepimpinan.
2. Senantiasa meletakkan keutamaan Islam dan jamaah lebih daripada kepentingan diri sendiri.
3. Senantiasa menjadikan Al Quran, As Sunnah, Dan Sirah Rasul sebagai panduan dalam perjuangan.

2. Tidak memahami konsep berjemaah
3. Tidak menghayati waqi’ semasa
4. Tidak mempunyai pendidikan Islam
5. Tidak ada unsur tawadhu’ ketika berjemaah6. Tidak ada perasaan cintakan kepimpinan.
F. Penyelesaian :
1. Memberikan kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya kepada kepimpinan.
2. Senantiasa meletakkan keutamaan Islam dan jamaah lebih daripada kepentingan diri sendiri.
3. Senantiasa menjadikan Al Quran, As Sunnah, Dan Sirah Rasul sebagai panduan dalam perjuangan.
Rujukan :
1.Al Quran & Al Hadith.
2.Penjelasan Sekitar Risalah At Ta’alim ; Muhammad Abdullah Al Khatib
3.‘Amal Jama’i ; Pengertian & Tuntutan; Ustaz Yahya Othman
4.dppwp.wordpress.com
Disediakan oleh :
Ustaz Haji Yussaine bin Yahya
Pengerusi Lajnah Tarbiyyah & Kepimpinan Badan Perhubungan PAS Perlis.

No comments
Post a Comment